Utusan Borneo (Sarawak)

Anak lelaki bekas presiden Angola dibebas dari penjara

-

Anak lelak bekas presiden Angola Jose Eduardo dos Santos dibebaskan dari penjara pada Ahad di mana dia telah ditahan selama tujuh bulan bagi kes penggelapa­n wang kata pihak berkuasa.

Jose Filomeno dos Santos yang dituduh cuba mencur $1.5 bilion semasa dia memegang kuasa dalam dana kekayaan negara Angola “telah dibebaskan sejak tengah hari Ahad,” jurucakap penjara Menezes Cassoma memberitah­u AFP.

Peguam Dos Santos, Benja Satula berkata kesahan bag penahanan anak guamnya telah tamat beberapa minggu lepas.

Pada Jumaat lepas, seorang rakan, Jean-Claude Bastos de Morais, yang ditangkap pada masa yang sama dengan Dos Santos, telah dibebaskan tanpa dakwaan.

Dia adalah presiden Quantum Global, yang merupakan pengurus utama dana kekayaan negara.

Pendakwa raya mengumumka­n Jumaat lepas bahawa mereka sudah memperoleh semula “semua aset kewangan dan bukan kewangan Angolan Sovereign Fund, yang berada di bawah kawalan Quantum Global,” atau $ 2.35 bilion yang berdomisil di bank-bank Britain dan Mauritiana serta sebanyak $1.0 bilion lagi dalam bentuk aset.”

Jose Filomeno dos Santos dikenali dengan gelaran Zenu telah dilantik sebagai ketua untuk dana berjumlah $5 bilion pada 2013 oleh bapanya, presiden ketika itu.

Presiden Joao Lourenco yang memegang kuasa pada September 2017, memecat dia pada Januari 2018.

Jose Eduardo dos Santos telah meletakkan jawatan selepas menguasai politik negara selama hampir empat dekad.

Beliau turut menyerahka­n kawalan ke atas sektor strategik ekonomi kepada beberapa sekutu rapat – termasuk syarikat gergasi minyak negara kepada anak perempuann­ya Isabel. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia