Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan dibuka selepas aktivis veteran ‘ Ves Kuning’ tercedera

-

Pegawai Perancis berdepan dengan persoalan baharu pada Ahad mengenai pengurusan bantahan “Ves Kuning” selepas seorang aktivis tua mengalami kecederaan serius semasa serbuan polis di bandar selatan Nice.

Pendakwa raya di sana telah membuka siasatan untuk menentukan apa yang berlaku pada Sabtu lepas ketika Genevieve Legay berusia 73 tahun mengalamai kecederaan di kepala.

Ketika anggota paramedik memindahka­n aktivis veteran Legay dari tunjuk perasaan tersebut beliau mengalami pendarahan di bahagian kepala, namun masih dalam keadaan sedar, kata wartawan AFP di tempat kejadian.

Anak perempuann­ya kemudian menyatakan bahawa beliau telah mengalami beberapa kecederaan di bahagian tengkorak dan ‘subdural haematomas’.

Arie Alimi, peguam keluarga, memberitah­u AFP bahawa mereka akan memfailkan satu aduan rasmi terhadap pihak berkuasa bagi keganasan terhadap “seorang warga emas”.

Gabenor wilayah akan dinamakan dalam tuntutan mahkamah, yang dikemukaka­n pada Isnin. “Tindakan polis adalah sangat kejam,” kata beliau. “Puan Legay... telah mengalami kecederaan yang sangat teruk.”

Namun berlainan dengan beberapa laporan lain, beliau berada dalam keadaan stabil dan bukannya dalam koma tambahnya.

Beberapa gambar dan rakaman video daripada bantahan Sabtu lepas menunjukka­n beliau membawa bendera berwarna-warni dengan perkataan “kedamaian” tertulis padanya.

Legay adalah seorang aktivis dengan kumpulan kempen keadilan sosial Attac. Kumpulan itu menyiarkan mese dalam laman sesawangny­a menuntut siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang bertanggun­gjawab ke atas kecederaan­nya.

Dalam temu bual dengan Nice-Matin yang disiarkan pada Isnin, Presiden Emmanuel Macron mendoakan beliau “sembuh dengan cepat dan mungkin membentuk sedikit kebijaksan­aan”.

“Apabila anda dalam keadaan lemah, dan mungkin akan ditolak-tolak, anda tidak seharusnya pergi ke tempat yang dikatakan sebagai terlarang dan tidak meletakkan diri anda dalam keadaan seperti ini,” katanya.

Kedua-dua pendakwa raya tempatan dan kementeria­n kehakiman Perancis pada Ahad menyatakan bahawa bantahan di beberapa kawasan di pusat bandar telah diharamkan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SERBU: Polis meluru ke arah Legay yang terjatuh di Dataran Garibaldi semasa rali oleh aktivis ‘Ves Kuning’ di bandar Nice, Perancis pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP SERBU: Polis meluru ke arah Legay yang terjatuh di Dataran Garibaldi semasa rali oleh aktivis ‘Ves Kuning’ di bandar Nice, Perancis pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia