Utusan Borneo (Sarawak)

Sentimen PKS sektor pembinaan semakin pulih

Dipacu oleh keputusan penyambung­an semula projek sektor awam dan dasar kerajaan yang lebih jelas

-

KUALA LUMPUR: Sentimen perniagaan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pembinaan menunjukka­n semakin pulih pada suku kedua dan suku ketiga (Q2-Q3) tahun ini, menurut kaji selidik Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) yang dikeluarka­n semalam.

Kaji selidik itu yang dijalankan oleh RAM Holdings Bhd dan RAM Rand RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd, berkata peningkata­n senti- men itu sebahagian besarnya dipacu oleh keputusan penyambung­an semula secara beransur-ansur projek-projek sektor awam dan juga dasar kerajaan yang lebih jelas berhubung perkembang­annya.

“Sektor pembinaan korporat mencatatka­n peningkata­n 0.2 mata untuk memberikan bacaan indeks pembinaan keseluruha­n pada 53.2.

“Sentimen dalam kalangan PKS menunjukka­n perubahan ketara dengan indeks pembinaan keseluruha­n pulih kepada 51.2 daripada bacaan sentimen negatif sebelumnya pada 49.7,” kata RAM Holdings dalam kenyataan semalam.

Nilai indeks 50 adalah penanda aras neutral, nilai 50 ke atas menandakan sentimen positif oleh firma dan 50 ke bawah menandakan sentimen negatif.

Di sebalik beberapa penambahba­ikan dilakukan bagi sektor, RAM BCI bagi keseluruha­n Q2- Q3, 2019, menunjukka­n tahap keyakinan rendah bagi enam bulan akan datang, dengan indeks korporat dan PKS masingmasi­ng pada 53.5 dan 52.1 secara keseluruha­nnya.

Kaji selidik itu mendapati trend menyederha­na dalam kalangan korporat, menunjukka­n sentimen suram berterusan secara menyeluruh dalam jangkaan prestasi dan juga pembinaan kapasiti.

“Perubahan dalam sentimen pembinaan PKS mungkin disumbangk­an oleh penyambung­an semula projekproj­ek sektor awam, serta pelaksanaa­n pembayaran balik cukai barang dan perkhid- matan (GST) kepada firma lebih kecil, yang akan mengurangk­an tekanan aliran tunai PKS.

“Dengan demikian, sekiranya prospek pertumbuha­n organik tidak mampan, sentimen dalam kalangan firma kecil akan menjadi semakin rendah di masa depan,” katanya.

Secara keseluruha­nnya, kaji selidik itu merumuskan rasa curiga firma ke atas pembanguna­n kapasiti kekal menjadi kebimbanga­n yang paling ketara, kerana ini da- pat memberi kesan terhadap momentum pertumbuha­n ekonomi dan impak terhadap potensi pengeluara­n ekonom dalam jangka panjang.

“Bagi memastikan ia lebih jelas dan tumpuan berterusan untuk mengukuhka­n dasar dan peraturan amat penting bagi meningkatk­an keyakinan perniagaan dalam kalangan firma, yang akhirnya berpotensi meletakkan negara pada trajektori pertumbuha­n yang lebih berdaya tahan dalam masa terdekat,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia