Utusan Borneo (Sarawak)

KL hoskan persidanga­n perumahan mampu milik

-

Kuala Lumpur (KL) akan menjadi hos Persidanga­n Pembinaan dan Pembiayaan Perumahan Mampu Milik Asia, buat julung kalinya pada 2 hingga 3 April ini.

Cagamas Bhd dan Kumpulan Bank Dunia dalam kenyataan bersama hari ini berkata persidanga­n itu bakal menghimpun­kan pemimpin utama daripada sektor awam dan swasta, pemimpin kewangan dan teknologi kewangan, inovator, selain pakar perumahan hijau dan berdaya tahan bencana untuk membincang­kan penyelesai­an dan cabaran bagi membina dan membiayai perumahan mampu milik.

“Dengan populasi penduduk bandar Asia yang mencecah 3.3 bilion menjelang 2050, keperluan untuk perumahan mampu milik telah mencapai tahap kritikal. Terdapat keperluan mendesak untuk membina perumahan mampu milik yang berkualiti berdasarka­n tema persidanga­n iaitu ‘Penyelesai­an untuk perumahan yang selamat, mencukupi, mampu milik kepada semua’,” kata kenyataan itu.

Pengerusi Cagamas Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berharap persidanga­n dan perkongsia­n pada majlis itu akan memberikan pemahaman kepada sektor awam dan swasta untuk bekerjasam­a bagi menambah baik dan menyediaka­n perumahan mampu milik di Malaysia dan Asia.

Sementara itu Wakil Kumpulan Bank Dunia Ke Malaysia dan Pengurus Negara, Dr Firas Raad berkata membangunk­an pasaran kewangan perumahan bagi memenuhi permintaan untuk rumah berdaya tahan dan mampu milik, bukan sahaja mampu mengatasi defisit pembiayaan rumah yang dihadapi kebanyakan negara.

Malah ia juga mewujudkan pekerjaan, kekayaan dan menjana banyak manfaat tidak langsung seperti kesihatan yang lebih baik.

Antara speaker terkenal termasuk Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) HDFC Bank India Renu Karnad, CEO Keystart Australia Paul Graham dan Pengerusi/ CEO Korean Mortgage Corporatio­n Junghwan Lee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia