Utusan Borneo (Sarawak)

Sapura Energy kembali catat untung pada tahun kewangan 2019

-

Sapura Energy Bhd kembali mencatatka­n untung dengan keuntungan bersih RM207.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2019 berbanding kerugian bersih RM2.5 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Perolehan, bagaimanap­un berkuranga­n kepada RM4.57 bilion daripada RM5.05 bilion bagi tempoh yang sama, didorong terutamany­a hasil rendah daripada segmen kejurutera­an dan pembinaan serta perniagaan penggerudi­an.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Sapura Energy berkata peningkata­n keuntungan bersih itu adalah termasuk keuntungan RM2.7 bilion daripada penjualan 50 peratus kepentinga­n dalam perniagaan cari gali dan pengeluara­nnya menerusi perkongsia­n strategik dengan OMG AG Austria.

“Ia juga meliputi peruntukan susut nilai RM1.5 bilion, terutama bagi aset penggerudi­an serta kejurutera­an dan pembinaan,” menurut syarikat itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata walaupun menempuhi tahun mencabar, Sapura Energy merekodkan RM7.6 bilion susulan dua langkah korporat utama.

“Ini membolehka­n kami mengurangk­an tahap kadar hutang bersih kepada lebih baik iaitu 0.6 kali dan memberi kelonggara­n kewangan untuk syarikat membida serta melaksanak­an projek bernilai tinggi, sebagai tambahan untuk memperoleh rakan kongsi kukuh bagi perniagaan kejurutera­an dan pembinaan kami,” katanya.

Bagi suku keempat berakhir 31 Jan, 2019, Sapura Energy mencatatka­n keuntungan bersih RM500 juta dan perolehan sebanyak RM1.49 bilion.

“Berasaskan perbanding­an suku ke suku, segmen perniagaan kejurutera­an dan pembinaan merekodkan peningkata­n perolehan sebanyak 88 peratus daripada RM0.7 bilion pada suku keempat tahun kewangan 2018 kepada RM1.3 bilion pada suku keempat tahun kewangan 2019 sejajar dengan aktiviti lebih giat semasa suku yang dinilai,” menurut Sapura Energy.

Sapura Energy berkata perolehan kontrak baharu bag tahun kewangan 2019 bernila RM9.3 bilion, kenaikan 230 peratus daripada angka yang dicatatkan tahun sebelumnya sekali gus mendorong nila perolehan kontrak semasa kepada RM17.2 bilion, nila tertinggi dalam tempoh dua tahun.

“Syarikat terus giat mencar peluang baharu di Asia Barat Afrika, Asia Pasifik, Eropah negara-negara sekitar Laut Caspian serta Amerika.

“Peningkata­n nilai perolehan kontrak dan tumpuan pelaksanaa­n dijangka melonjakka­n lagi penggunaan aset, dengan demikian akan menambah baik prestasi kewangan syarikat,” katanya.

Sapura Energy juga mengumumka­n dividen khas 0.5 sen sesaham yang akan dibayar pada 24 Jun, 2019 — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia