Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran MATTA cipta rekod baharu, catat jualan RM220j

-

Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia ( MATTA) yang berlangsun­g pada 15 hingga 17 Mac telah menarik 113,685 pengunjung, rekod tertinggi sejak persatuan mula menganjurk­an acara itu pada 1991.

MATTA 2019 telah merekodkan nilai anggaran jualan sebanyak RM220 juta, berbanding hanya RM210 juta yang dicatatkan pada MATTA 2018, yang diadakan pada Sept tahun lepas dengan kehadiran 93,084 pengunjung.

Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata, rekod terbaharu tersebut telah mengukuhka­n kedudukan Pameran MATTA sebagai acara pelanconga­n yang terbesar di negara ini.

“Pameran selama tiga hari itu mencatatka­n peningkata­n pengunjung sebanyak 22 peratus berbanding pameran sebelum ini, adalah sesuatu yang sangat mengujakan apabila melihat pengunjung berterusan beratur di kaunter tiket walaupun berlaku ketidakten­tuan ekonomi disebabkan oleh faktor-faktor seperti Brexit dan perang perdaganga­n Amerika Syarikat-China,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tan berkata, sekarang ini, pengguna lebih suka terlibat secara langsung dengan pameran itu apabila dilihat banyak membeli pakej percutian daripada pameran berbanding melakukann­ya secara dalam talian.

“Walaupun mekanisme Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sedang diperhalus­i oleh pihak berkuasa, banyak ejen menyerap SST supaya pelanggan masih boleh membeli pada harga yang kompetitif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia