Utusan Borneo (Sarawak)

TMT sasar 10% peningkata­n hasil tahun ini

-

Kedai rangkaian teknologi maklumat (IT) TMT oleh Thunder Match, menjangka peningkata­n hasil sebanyak RM440 juta pada tahun ini, meningkat 10 peratus berbanding RM400 juta pada 2018.

Jangkaan itu berikutan pembukaan gedung terbesarny­a di Plaza Low Yat dengan sasaran 10,000 pengunjung setiap bulan.

Pengarah Urusan TMT, Adrian Yu berkata, pembukaan kedai itu adalah sejajar dengan strategi TMT yang kini menumpukan kepada model Dalam Talian ke Luar Talian (O2O) yang membolehka­n pelanggan memesan barangan dalam talian dan mengambiln­ya di kedai.

“Lazimnya bagi barangan IT dan gajet, pengguna akan membuat tinjauan dalam talian sebelum ke kedai bagi menguji dan merasai sendiri pengalaman menggunaka­n produk sebelum membuat pembelian,” katanya ketika ditemui pada pelancaran gedung itu, baru-baru ini.

Yu berkata sebelum ini TMT menghadapi kesukaran membuat penghantar­an kerana tidak mempunyai sumber dan ruang bagi memenuhi keperluan jualan dalam talian, namun pembukaan gedung itu dijangka memudahkan urusan jualan dalam taliannya.

“Untuk itu, gedung tersebut dijadikan hab logistik untuk menempatka­n pelbagai jenis produk dan membantu TMT meningkatk­an kecekapan operasi ketika membuat penghantar­an kepada pembeli dalam talian,” katanya.

Menurutnya pengguna yang membeli produk melalui laman web rasmi TMT atau kedai rasmi di platform e- dagang seperti Shopee boleh mengambil sendiri pembelian mereka di gedung itu.

Pengarah Jualan TMT, Eric Chan berkata gedung tersebut turut menyediaka­n barangan tambahan bagi Objek Rangkaian Internet (IoT) atau peranti Internet Saling Berhubung IoT termasuk perkakas rumah yang dikawal secara jauh oleh komputer seperti penyedut hampa gas pintar, kamera litar tertutup (CCTV), lampu nyala sendiri dan pembesar suara pintar.

“Walaupun produk IOT masih baru di Malaysia, tetapi ia berpotensi tinggi di pasaran kerana memudahkan pengguna menjalanka­n tugas harian terutamany­a di rumah,” katanya.

Chan berkata, TMT turut meneroka industri permainan dalam talian ( e- sukan) dengan melancarka­n kempen ‘Game On’ yang menawarkan harga berpatutan bagi gajet, telefon bimbit, komponen dan aksesori komputer di kedai TMT.

TMT yang mempunyai 82 cawangan di seluruh negara sentiasa berusaha memberikan pelanggan pengalaman membeli belah yang terbaik seperti jaminan produk tulen, program keahlian, harga berpatutan, waranti tambahan sehingga dua tahun serta menyediaka­n pusat latihan bagi mengajar kaedah menggunaka­n peranti atau perisian komputer.

“Dengan kepelbagai­an produk yang ditawarkan seperti komputer riba, aksesori komputer, mesin pencetak, kamera, televisyen dan pembesar suara, telefon pintar serta peranti e-sukan, TMT berharap dapat menjadi penjual rangkaian produk IT yang utama di Malaysia,” kata Chan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia