Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat penanggung insurans kaptif tunggal Petronas, Energas, diberi penarafan cemerlang

-

Syarikat penanggung insurans kaptif tunggal Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Energas Insurance (L) Limited (Energas) telah diberikan Penarafan A (Cemerlang) bagi Kekukuhan Kewangan dan Penarafan ‘a’ bagi Penanggung Kredit Jangka Panjang.

AM Best yang mengesahka­n penarafan syarikat itu, dalam kenyataan semalam, berkata prospek penarafan kredit berkenaan adalah stabil.

Penarafan itu mencermink­an kekukuhan imbangan lembaran Energas, yang AM Best klasifikas­ikan sebagai amat kukuh, selari dengan kemantapan prestasi operasi, profil peniagaan neutral dan pengurusan risiko perusahaan yang sesuai.

Tambahan lagi, penarafan itu diberikan atas faktor impak neutral daripada syarikat milik 100 peratus dan bersepadu dengan Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan Malaysia.

AM Best menjangkak­an risiko modal Energas boleh diubah mengikut kesesuaian, seperti diukur oleh Nisbah Kemampuan Modal Best, untuk kekal di paras paling kukuh untuk jangka sederhana, disokong oleh manfaat taja jamin rendah dan pendekatan pelaburan konservati­f.

Lagipun, kos operasi syarikat yang rendah dan stabil bagi aliran pendapatan komisen insurans yang dibeli oleh syarikat insurans telah menyumbang kepada keuntungan keseluruha­n.

Prospek keputusan tertak- luk kepada keadaan turun naik dalam tuntutan, berikutan Energas menyediaka­n had polisi yang besar berbanding dengan pendapatan premiumnya. Bagaimanap­un, ini akan dapat disederhan­akan sebahagian­nya oleh program insurans kaptif dibeli syarikat insurans yang komprehens­if.

Energas disepaduka­n dalam kerangka pengurusan risiko kumpulan Petronas dan berperanan aktif dalam menyelia dan menampung kos insurans kumpulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia