Utusan Borneo (Sarawak)

Digi dan Gibraltar BSN lancarkan Dengue Cover+

Pelan Perlindung­an Digital Denggi dan Zika mampu milik beserta Insurans Hayat untuk pelanggan Digi

-

KUCHING: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) dengan kerjasama Gibraltar BSN Life Bhd (Gibraltar BSN) semalam telah melancarka­n Dengue Cover+, sebuah Pelan Perlindung­an Digital Denggi dan Zika mampu milik beserta Insurans Hayat.

Ia dilindungi Gibraltar BSN yang merupakan antara syarikat insurans hayat yang giat membangun di Malaysia.

Dengue Cover+ merupakan pelan perlindung­an digital sepenuhnya edaran Digi dan ditawarkan secara eksklusif kepada semua pelanggan pascabayar serta prabayar Digi sedia ada di Malaysia yang berumur antara 18 hingga 45 tahun menerusi pendaftara­n mudah secara dalam talian.

Bersandark­an pada maklumat dan data semasa yang diperoleh daripada Kementeria­n Kesihatan, pelanggan Digi di kawasan berisiko tinggi wabak denggi akan menerima notis pemberitah­uan segera daripada pihak Digi untuk memaklumka­n bahawa kawasan kediaman mereka adalah kawasan tumpuan denggi.

Pada masa sama, mereka juga akan ditawarkan peluang untuk melindungi diri serta keluarga mereka dengan Dengue Cover+.

Pelan insurans digital tersebut boleh didapati bermu- la dengan harga serendah RM0.15 sen sehari yang menawarkan manfaat Tunai Hospital, manfaat Kematian serta manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) termasukla­h manfaat tambahan sekiranya pelanggan mengalami serangan virus denggi atau zika.

Premium akan dimasukkan terus ke akaun Digi mereka dan pemohon juga tidak perlu menjalani sebarang bentuk pemeriksaa­n kesihatan.

Pelanggan Digi boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai Dengue Cover+ dan membuat pendaftara­n untuk pelan tersebut di http://digi. my/dengue.

 ??  ?? PERLINDUNG­AN DIGITAL: Ketua Pegawai Eksekutif Digi Loh Keh Jiat (kiri) dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Rangam Bir bergambar bersama dengan sepanduk Pelan Perlindung­an Dengue Cover+ di Kuching, semalam.
PERLINDUNG­AN DIGITAL: Ketua Pegawai Eksekutif Digi Loh Keh Jiat (kiri) dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Rangam Bir bergambar bersama dengan sepanduk Pelan Perlindung­an Dengue Cover+ di Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia