Utusan Borneo (Sarawak)

Delyva tawar penyelesai­an penghantar­an lengkap untuk syarikat PKS

-

Syarikat penyedia khidmat penyelesia­n penghantar­an berpejabat di Malaysia, Delyva mengumumka­n kejayaanny­a menghasilk­an perisian khusus yang membolehka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan e-dagang yang menamatkan keperluan melakukan kerjakerja manual menerusi proses penghantar­an lebih cekap.

Produk yang dilancarka­n pada Januari lepas menawarkan penyelesai­an pelbagai pembawa yang dilengkapi ciriciri khusus bagi memperkema­s sebarang keperluan tempahan dan proses penghantar­an, sekali gus memaksiumu­mkan keuntungan perniagaan.

Ciri- ciri khas termasuk proses automasi yang membolehka­n platform mencetak label penghantar­an secara pantas, penjaduala­n secara automatik dan urusan pengambila­n bungkusan bagi memastikan proses penghantar­an lebih pantas, mudah dan menyeluruh.

Kalangan pelanggan juga akan mendapat makluman segera terhadap sebarang perkembang­an pergerakan penghantar­an berkaitan dan dapat menjejakin­ya dengan mudah menerusi beberapa langkah secara e-mel dan teks mudah alih.

Seiring permintaan yang turut meningkatk­an harga, proses penghantar­an Delyva yang bercirikan pusat sehenti dan mudah itu sebaliknya akan membolehka­n pedagang atau peniaga berjimat melebihi 50 peratus dari segi perbelanja­an merangkumi kos penghantar­an, gaji pekerja serta perbelanja­an tidak langsung lainnya berbanding proses penghantar­an menerusi kaunter.

“Platform kesalinghu­bungan kami secara langsung itu juga saling melengkapi opsyen logistik mengikut keperluan iaitu penghantar­an pada hari sama ke lebih 200 negara membabitka­n operasi logistik yang lebih cekap serta menjimatka­n kos,” kata Pengasas Bersama Delyva, Amirul Mokhtar.

Delyva merupakan platform penghantar­an pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai penyelesai­an penghantar­an termasuk bayar waktu terima, khidmat penghantar, lori, kendalian bungkusan besar selain pilihan mengurangk­an keperluan pemunggaha­n kontena membabitka­n Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi https://delyva.com/my/. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia