Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai aktiviti penyumbera­n Airbus di Malaysia dijangka cecah AS$550 juta

-

Nilai aktiviti penyumbera­n Airbus di Malaysia dijangka mencecah AS$550 juta (RM2.24 bilion) setahun pada 2023, meningkat daripada AS$400 juta (RM1.62 bilion) pada 2018.

Presiden Airbus Asia-Pasifk Jean-Marc Nasr berkata pertumbuha­n itu akan disokong oleh pertumbuha­n aliran trafik penumpang lebih tinggi di rantau itu, yang juga diterjemah­kan kepada peningkata­n permintaan bagi pengeluara­n dan penyelengg­araan, pembaikan dan perkhidmat­an baik pulih bagi trafik udara.

“Pertumbuha­n aliran trafik penumpang dalam 20 tahun akan datang dijangka berkembang 5.5 peratus setahun di Asia Pasifik, yang lebih pantas berbanding 4.4 peratus di seluruh dunia,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi Airbus di rantau ini.

Nasr berkata Malaysia adalah pasaran unik untuk Airbus, memandangk­an ia adalah pangkalan pembekal terbesar di Asia Tenggara dan pembekal komponen komposit kelima terbesar di dunia.

Antara pembekal tempatan Airbus ialah Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd, SME Aerospace Sdn Bhd, Spirit Aerosystem­s Malaysia Sdn Bhd dan SDMK Sdn Bhd.

“Terdapat alat ganti buatan tempatan dalam semua pesawat komersial kami dan Airbus adalah rakan kongsi terbesar bagi industri aeroangkas­a Malaysia.

“Kami 100 peratus komited untuk meningkatk­an kehadiran kami di Malaysia dan yakin industri aeroangkas­a negara berpotensi menjadi antara yang terbesar di rantau ini,” katanya.

Nasr berkata Malaysia juga merupakan pasaran ketiga terbesar Airbus di rantau Asia Pasifik selepas China dan India, dengan syarikat penerbanga­n negara berkenaan telah menempah 727 pesawat komersial daripada syarikat itu.

AirAsia telah menempah 592 pesawat, dan AirAsia X 96, manakala Malaysia Airlines sebanyak 39. Daripada jumlah itu, 219 unit telah diserahkan kepada AirAsia, 20 kepada AirAsia X dan semua 39 pesawat yang ditempah bag Malaysia Airlines telah siap.

Airbus akan menjadi pempamer antarabang­sa terbesar di Pameran Aeroangkas­a dan Maritim Antarabang­sa Langkawi dari 26 hingga 30 Mac, yang meliputi seluruh rangkaian pesawat komersial, pertahanan, angkasa dan produk dan perkhidmat­an helikopter. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia