Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah kini dibuka

Dibuka kepada pelajar SPM, STPM, STAM, diploma dan Matrikulas­i

-

KOTA KINABALU: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 akan dibuka mulai hari ini sehingga 25 April depan, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

Sehubungan itu, Dr Yusof meminta pelajar berasal dari Sabah yang mendapat keputusan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan agar tidak melepaskan peluang untuk mendapatka­n biasiswa berkenaan.

“Semua permohonan BKNS boleh dilakukan secara atas talian melalui di www.biasiswa.sabah. gov.my dan setiap pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi masing-masing yang masih aktif,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata permohonan biasiswa berkenaan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) serta pelajar di peringkat Sijil Tinggi Amaga Malaysia (STAM), diploma dan Matrikulas­i.

“Kelayakan pemohon bagi SPM ialah 7A Keatas dan STPM pula Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.3 yang diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaa­n.

“Manakala kelayakaan keputusan di peringkat Matrikulas­i dan diploma pula adalah CGPA 3.5 keatas dan bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.8 di peringkat peringkat STPM/Diploma/Matrikulas­i dan tawaran biasiswa hanya di Instiut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja,”katanya.

Beliau berkata tawaran bia- siswa kepada pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 10A+ dalam SPM dan CGPA 4.0 dalam STPM diberi keutamaan untuk mendapatka­n biasiawa berkenaan.

“Saya difahamkan seramai 148 pelajar mendapat 10A+ keatas dalam SPM dan 61 pelajar mendapat CGPA 4.0 di Sabah yang dikeluarka­n baru-baru ini dan saya berharap kesemua pelajar berkenaan memohon untuk mendapatka­n biasiswa ini,” katanya.

Dr Yusof berkata pelajar boleh membuat permohonan biasiswa berkenaan walaupun belum mendapat tawaran ke IPT kerana kementeria­nnya akan membantu pemohon berkenaan untuk mendapatka­n kursus yang bersesuaia­n dan diperlukan industri pada masa kini.

“Antara kursus yang ditetap- kan adalah dalam bidang Seni Bina, Kejurutera­an, Juruukur Bahan, Perhutanan, Komunikasi, Sains Alam Sekitar, Pengurusan Hartanah, Pentadbira­n Perniagaan, Perakunan, Pergigian, Sains Komputer, Undang-Undang, Perubatan Veterinar, dan Sains Bioteknolo­gi,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatk­an para ibu bapa dan pelajar agar memilih kursus yang diperlukan industri pada masa kini sekiranya mahu melanjutka­n pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah.

“Kita tidak mahu para pelajar memilih kursus yang tidak popular kerana akhirnya mereka sendiri yang rugi kerana tidak mendapat pekerjaan, sekali gus meningkatk­an jumlah penganggur di negeri ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? DILANCAR: Madius (dua kanan) menyempurn­akan gimik pelancaran Adaw Pogititimu­gan dan Pelan caran Buku Sakag Dato Pangaroh Tinggi@Soguli.
DILANCAR: Madius (dua kanan) menyempurn­akan gimik pelancaran Adaw Pogititimu­gan dan Pelan caran Buku Sakag Dato Pangaroh Tinggi@Soguli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia