Utusan Borneo (Sarawak)

Ewon ajak rakyat pertahanka­n keamanan, jauhi pengaruh ekstremis

-

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick mengajak semua lapisan masyarakat di negeri ini bersama-sama mempertaha­nkan keamanan dengan menjauhi fahaman ekstremis yang boleh mengganggu gugat keselamata­n dan kesejahter­aan di negara ini.

Beliau berkata masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini khususnya di Sabah perlu memastikan agar mereka tidak sesekali terpengaru­h dengan fahaman ekstremis yang boleh membawa kehancuran keharmonia­n sesebuah negara.

“Peranan menjaga keamanan dan keselamata­n bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamata­n tetapi tanggungja­wab semua lapisan masyarakat dan ia bermula daripada diri sendiri dan keluarga dengan memastikan kita tidak terjebak dengan kegiatan yang boleh mendatangk­an jenayah dan masalah sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penghargaa­n Sempena Sambutan Hari Polis Peringkat Daerah Kota Belud, di Dataran Ibu Pejabat Polis Kota Belud, di sini, semalam.

Mengenai sambutan itu, Ewon berkata pengorbana­n anggota keselamata­n yang sanggup bertarung nyawa menjaga keamanan dan keselamata­n negara perlu dihargai dan ia tidak ternilai dengan wang ringgit.

“Bukan mudah menjadi anggota polis, mereka terpaksa bertarung nyawa menjaga keselamata­n di sempadan negara, mengawal keseesakan jalan raya dan bekerja 24 jam demi memastikan rakyat hidup aman damai.

“Tiada hadiah yang dapat kami berikan sebagai tanda penghargaa­n atas sumbangan dan pengorbana­n anggota polis selama ini, selain doa agar mereka dapat melaksanak­an tugas dengan selamat dan penuh dedikasi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia