Utusan Borneo (Sarawak)

55 ditangkap dalam Ops Sarang sekitar bandar raya

-

Polis menahan seramai 55 individu yang didapati terlibat dalam penyalahgu­naan dadah di sekitar bandar raya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua tangkapan diberkas dalam beberapa serbuan sempena Ops Sarang yang dijalankan bermula 15 hingga 22 Mac lepas.

Menurutnya,lokasitump­uan termasukla­h di kawasan Likas, Sembulan, Tanjung Aru dan sekitar bandar raya.

“Tujuh suspek ditangkap atas kesalahan memiliki dadah manakala 48 orang lagi terlibat dengan kesalahan urin iaitu positif dadah.

“Satu rampasan turut dibuat di Pejabat Pos Malaysia di sini membabitka­n dadah jenis ganja seberat 272.45 gram.

“Tindakan ini sekali gus mengekang aktiviti pengedaran dadah yang menggunaka­n kaedah pengiriman pos,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, seramai 48 warga tempatan dan tujuh warga asing dalam lingkungan umur 15 hingga 54 tahun dita- han dalam operasi itu.

Habibi berkata, nilai keseluruha­n jumlah rampasan membabitka­n dadah jenis ganja seberat 272.45 gram dan syabu seberat 2.35 gram sebanyak RM11,200.

Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pihaknya akan terus memperheba­t dan memperting­katkan usaha membantera­s aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di sekitar kawasan bandaraya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia