Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pelajar kedoktoran Sabah terima Anugerah Penyelidik­an Cemerlang

-

Dua pelajar kedoktoran dari Sabah menerima Anugerah Penyelidik­an Cemerlang pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-90, di sini pada Sabtu.

Dr Abdul Aziz Lai Mohd Fikri Lai, 28, dan Dr Jaratin Lily, 41, merangkul anugerah itu bagi Ijazah Doktor Falsafah Kewangan dan Perdaganga­n Antarabang­sa yang disampaika­n oleh Tuanku Canselor UiTM, Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah.

Penyelia utama bagi keduadua graduan ini, Profesor Madya Dr Imbarine Bujang ketika ditemui menyifatka­n kedua- dua graduan mempunyai sifat tanggungja­wab terhadap pengajian mereka.

“Tugasan sentiasa dilaksanak­an mengikut masa yang ditetapkan seperti membentang di konferensi antarabang­sa dan kebangsaan serta melibatkan diri dalam memperkena­lkan produk inovasi hasil daripada kajian yang dijalankan.

“Mereka juga berjaya memendekka­n tempoh pengajian kepada tiga tahun dan mendapat cemerlang dalam bidang penyelidik­an mereka, ini cukup membanggak­an dan dapat memberi inspirasi kepada pelajar yang lain,” katanya yang turut hadir pada majlis itu dengan penyelia bersama Dr Alice Wong Su Chu dan Dr Abdul Aziz Karia.

Menurut Aziz, penyelidik­an beliau menunjukka­n kajian mengenai pengembang­an ilmu berkaitan corak perdaganga­n antarabang­sa Malaysia dan mengenai polisi perdaganga­n antarabang­sa dan pendekatan­nya.

Sementara Jaratin pula membuat penyelidik­an berasaskan syarikat- syarikat multinasio­nal yang terlibat aktif dalam perdaganga­n antarabang­sa dan pengaruh pededahan dalam perubahan kadar pertukaran mata wang asing utama dunia dalam membuat keputusan.

Kedua-dua mereka merakamkan ribuan terima kasih kepada UiTM Sabah kerana membuka ruang dan peluang untuk mereka menggengga­m segulung ijazah doktor falsafah selama pengajian mereka serta sokongan dari para penyelia yang memberi tunjuk ajar.

Seramai 109 orang graduan Doktor Falsafah (PhD) menerima ijazah dalam bidang masing- masing pada har pertama sidang konvokesye­n UiTM tahun ini.

 ??  ?? TAHNIAH: (Berdiri dari kanan) Imbarine, Alice, Dr Carol Teo dan D Spencer Mogindol. (Duduk dari kanan) Nurziya Muzzawer, Aziz dan Dr Athanasia Nointin.
TAHNIAH: (Berdiri dari kanan) Imbarine, Alice, Dr Carol Teo dan D Spencer Mogindol. (Duduk dari kanan) Nurziya Muzzawer, Aziz dan Dr Athanasia Nointin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia