Utusan Borneo (Sarawak)

Monica Minda graduan cemerlang Diploma Pengurusan Pelanconga­n

-

Graduan, Cemerlang bagi Anugerah Pengarah (Kecemerlan­gan Akademik dan Kokurikulu­m) sempena Konvokesya­n Ketiga Politeknik Metro Betong Sarawak ( PMBS) bagi Diploma Pengurusan Pelanconga­n sesi Disember 2017 dianugerah­kan kepada Monica Minda Usut.

Manakala bagi Diploma Kewangan dan Perbankan untuk sesi Jun 2018 diberikan kepada Mohammad Amirrul Anas Mohd Sepawi.

Kedua- dua mereka merupakan salah seorang daripada 130 graduan yang menamatkan pengajian dan menerima diploma masingmasi­ng pada majlis di Dewan Gemilang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong di Betong, baru-baru ini.

Anugerah Khas Ketua Jabatan turut diperkenal­kan dan ambilan sesi Disember 2017, seramai lapan orang menerima anugerah bagi Diploma Kewangan dan Perbankan manakala dua graduan menerima bagi Diploma Pengurusan Pelanconga­n.

Penerima anugerah sama bagi ambilan sesi Jun 2018, seramai lima penerima anugerah bagi Diploma Kewangan dan Perbankan manakala seramai lapan penerima bagi Diploma Kewangan dan Perbankan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir menyempurn­akan majlis dan menyampaik­an sijil turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu, Pengarah Bahagian Kompetensi Peningkata­n Kerjaya Mohammad Isa Azhari, Pengarah PMBS Suhaili Aleh, Residen Bahagian Betong Friday Belik, Ketua Jabatan Akademik PMBS Jamilah Hussain, Ketua Jabatan Sokongan Akademik PMBS, Shukri Mohamad Ros, serta ketuaketua jabatan dan masyarakat.

Sebanyak dua kursus diperkenal­kan sepanjang dua sesi di PMBS iaitu Pengurusan pelanconga­n dan Diploma Kewangan dan Perbankan.

Bagi Diploma Pengurusan Pelanconga­n ambilan sesi Disember 2017 seramai 26 orang dan ambilan sesi Jun 2018 seramai 43 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian.

 ??  ??
 ??  ?? HIJAUKAN SEKOLAH: Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Kemena Ismawi Bujang menanam pokok untuk Projek Penanaman Pokok di pekarangan SMK Kemena.
HIJAUKAN SEKOLAH: Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Kemena Ismawi Bujang menanam pokok untuk Projek Penanaman Pokok di pekarangan SMK Kemena.
 ??  ?? CEMERLANG: Kedua-dua graduan bersama ibu bapa masing-masing serta tetamu kehormat.
CEMERLANG: Kedua-dua graduan bersama ibu bapa masing-masing serta tetamu kehormat.
 ??  ?? DIPLOMA KEWANGAN: Mohammad Amirrul menerima anugerah yang disampaika­n Uggah.
DIPLOMA KEWANGAN: Mohammad Amirrul menerima anugerah yang disampaika­n Uggah.
 ??  ?? KENANGAN: Kedua-dua penerima bersama ibu bapa masing-masing.
KENANGAN: Kedua-dua penerima bersama ibu bapa masing-masing.
 ??  ?? DIPLOMA PELANCONGA­N: Monica Minda menerima anugerah.
DIPLOMA PELANCONGA­N: Monica Minda menerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia