Utusan Borneo (Sarawak)

HADIAH WANG TUNAI JADI REBUTAN

Kuching Marathon 2019 dijangka menarik lebih ramai penyertaan dari luar negara, kata Abdul Karim

-

KUCHING: Acara larian terbesar di Sarawak, Kuching Marathon 2019 dijangka menarik lebih ramai penyertaan dari luar negara dengan edisi keenam itu bakal menawarkan hadiah wang tunai lebih lumayan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika merasmikan pelancaran acara itu semalam berkata kerajaan negeri akan menaikkan hadiah kemenangan temasya larian yang semakin popular itu.

Katanya, pada tahun lalu sejumlah RM80,000 ditawarkan kepada pemenang dan sebelumnya hadiah diberikan kepada pemenang kategori marathon penuh, separa marathon dan larian 10km.

“Tahun ini, Kuching Marathon menawarkan hadiah wang tunai yang lebih lumayan. Kerajaan negeri akan melihat perkara ini dan berbincang dengan jawatankua­sa penganjur mengenai jumlah hadiah yang perlu ditambah justeru kita berharap peningkata­n jumlah hadiah menarik lebih ramai penyertaan.

“Kita juga memastikan Lembaga Pelanconga­n Sarawak dan pemain-pemain industri tempatan memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan dan memberi publisiti pada acara ini,” katanya kepada media pada perasmian acara itu di sini semalam.

Dalam ucapannya, Abdul Karim menyuaraka­n visi untuk melihat Kuching Marathon menjadi salah satu larian terbesar di rantau ini suatu hari nanti.

“Walaupun ia sekadar mimpi, saya percaya boleh menjadi kenyataan jika semua pihak memainkan peranan. Kuching Marathon semasa bermula hanya disertai 5,000 peserta namun jumlah itu berganda dan semakin meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Bagi pihak kementeria­n, kita cuba meningkatk­an sistem perhubunga­n udara ke Kuching bagi membolehka­n lebih ramai pelawat datang.

Katanya, setakat ini larian itu menerima penyertaan dari Semenanjun­g Malaysia, Singapura dan Indonesia dan berharap disertai peserta dari Hong Kong, Jepun termasuk negara lain pada masa akan datang.

Sementara itu, Presiden Persatuan Marathon Kuching (KMA) Wong Chen Yi berkata Kuching Marathon adalah pertama di Sarawak dan keempat di Malaysia mendapat pengiktira­fan Associatio­n of Internatio­nal Marathons and Distance Races (AIMS).

Menurutnya, Kuching Marathon membentuk sebahagian daripada Great Borneo Series turut mencakupi Miri Marathon dan Borneo Marathon Kota Kinabalu sejak dua tahun lalu.

“Kita berusaha mendapatka­n pengiktira­fan dari Internatio­nal Associatio­n of Athletics Federation­s (IAAF) agar boleh menarik lebh ramai peserta luar negara menyertai larian ini,” katanya.

Edisi kali ini mempertand­ingkan empat kategori iaitu 5km, 10km, separa marathon dan marathon penuh sejauh 42.195km yang diiktiraf dan disokong AIMS.

Pada tahun ini, syarikat Isuzu Malaysia tampil selaku penaja utama. Maklumat lanjut mengenai Kuching Marathon 2019 boleh didapati di laman sesawang www.marathonku­ching.com.

Tahun ini, Kuching Marathon menawarkan hadiah wang tunai yang lebih lumayan. Kerajaan negeri akan melihat perkara ini dan berbincang dengan jawatankua­sa penganjur mengenai jumlah hadiah yang perlu ditambah justeru kita berharap peningkata­n jumlah hadiah menarik lebih ramai penyertaan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? LANCAR: Abdul Karim (tengah) bersama wakil-wakil penaja dan tetamu pada pelancaran Kuching Marathon di Kuching semalam.
LANCAR: Abdul Karim (tengah) bersama wakil-wakil penaja dan tetamu pada pelancaran Kuching Marathon di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia