Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada sabung ayam sebelum, semasa sambutan Gawai

Acara sabung ayam hanya untuk mendemonst­rasikan adat Iban untuk rakaman dokumentar­i televisyen

- Oleh Ambrose Rirang

Ada segelintir pihak mendakwa diadakan aktiviti sabung ayam di beberapa tempat sebelum dan semasa sambutan perayaan Gawai Dayak peringkat kebangsaan nanti.

Johnny Chuat

Ketua Publisiti Penganjur Sambutan Gawai Dayak Peringkat Kebangsaan 2019

BINTULU: Ketua Publisiti Penganjur Sambutan Gawai Dayak Peringkat Kebangsaan 2019 Johnny Chuat menafikan terdapat acara perjudian sabung ayam sebelum dan semasa berlangsun­gnya program terbabit pada 17 hingga 19 Mei depan.

“Ada segelintir pihak mendakwa diadakan aktiviti sabung ayam di beberapa tempat sebelum dan semasa sambutan perayaan Gawai Dayak peringkat kebangsaan nanti,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Johnny berkata, acara sabung ayam hanya diadakan pada pagi 19 Mei di Rumah Henry Nuni di Gelam, Sebauh dan mendemonst­rasikan adat tradisiona­l kaum Dayak Iban untuk rakaman dokumentar­i televisyen dan bukan acara berjudi.

“Demonstras­i sabung ayam menunjukka­n salah satu budaya serta adat resam kaum Iban zaman dahulu dan bukannya aktiviti perjudian seperti ditular segelintir pihak terbabit di laman media sosial,” jelasnya.

Katanya, semasa demonstras­i sabung ayam itu nanti peserta memakai pakaian tradisiona­l kaum Dayak Iban yang lengkap.

Pengunjung turut disarankan agar memakai pakaian tradisiona­l masing-masing supaya kelihatan seperti suasana sebenar aktiviti laga ayam pada zaman dahulu.

Perayaan Gawai Dayak Peringkat Kebangsaan 2019 di Bintulu anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama beberapa pertubuhan kebajikan Dayak di negeri ini.

Ia dimulai dengan aktiviti Pasar Gawai Dayak di Sungai Plan, Bintulu pada 13 hingga 17 Mei dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 11 malam.

Program menyambut tetamu atau ‘Malam Mantar Gawai’ diadakan di sebuah restoran pada malam 17 Mei dan disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobin Singh Deo.

“Acara kemuncak Perayaan Gawai Dayak Peringkat Kebangsaan ialah ‘Ngerandang Jalai Gawai’ (Perarakan Gawai Dayak) yang berlangsun­g di Lapangan Terbang Lama Bintulu pada pagi, 18 Mei dan kami menyasarka­n penyertaan lebih 2,000 orang segenap lapisan masyarakat Dayak di Sarawak dan suku kaum Dayak dari Kalimantan Barat, Indonesia.

“Saya menyeru lebih ramai persatuan atau individu tampil mendaftar menyertai perarakan bagi memeriahka­n suasana Gawai Dayak Peringkat Kebangsaan julung kali ini,” kata Johnny.

Selepas tamat ‘Ngerandang Jalai Gawai’ pada sebelah petang 18 Mei, tetamu dipelawa ‘ngabang’ atau berkunjung Gawai dengan suasana rumah panjang di Rumah Henri Nuni Gelam, Sebauh dan sebelah pagi, 19 Mei diadakan upacara ‘Sandau Hari’ diikuti aktiviti demonstras­i laga ayam.

Acara penutupan diadakan sebelah malam, 19 Mei dan tetamu kehormat dijangka hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetamu dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan persembaha­n kebudayaan pelbagai etnik Dayak termasuk persembaha­n beberapa suku Dayak dari Kalimantan Barat, Indonesia.

 ??  ?? JOHNNY CHUAT
JOHNNY CHUAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia