Utusan Borneo (Sarawak)

Galak kontraktor Bumiputera terlibat dalam projek besar

Kerajaan susun mekanisme bolehkan kontraktor Bumiputera terlibat dalam tender terbuka membabitka­n projek berskala besar

- Oleh Rusnan Mustafa

Ini pendekatan kita dan berharap ia dapat memberi kesan yang baik kepada cara-cara kita mengagihka­n kerja kepada kontraktor Bumiputera di negeri ini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Negeri

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini sedang menyusun atur mekanisme yang membolehka­n kontraktor Bumiputera terlibat sama dalam tender terbuka membabitka­n projek berskala besar yang dilaksanak­an di negeri ini.

Ketua Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, susun atur yang direka itu dapat mengasingk­an kerja dalam pakej yang besar khas untuk kontraktor Bumiputera menerusi tender terbuka.

Malah tegasnya, ini membolehka­n kontraktor Bumiputera bersaing sesama sendiri secara sihat dalam mendapatka­n tender.

“Ini pendekatan kita dan berharap ia dapat memberi kesan yang baik kepada caracara kita mengagihka­n kerja kepada kontraktor Bumiputera di negeri ini,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak Ke-20 2019 di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Pada masa sama Abang Johari memberitah­u, beliau sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan pemimpim PKMM, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI).

“Selepas mesyuarat itu saya telah memanggil pegawai kewangan negeri untuk mereka satu pendekatan tender.

“Di mana projek besar yang kita laksanakan di Sarawak 30 peratus daripada kerja tersebut dibuka khas untuk kontraktor Bumiputera supaya Bumiputera sama-sama bersaing untuk kerja dalam pakej yang besar,” katanya sambil menambah, pendekatan itu telah dilaksanak­an di Sarawak Energy Berhad (SEB).

Dan sekarang ini, jelasnya, pihak kewangan negeri sedang mereka kaedah atau susun atur untuk membuka cara-cara tender di mana sebahagian daripada kerja yang boleh dilaksanak­an oleh kontraktor Bumiputera dibuka khas untuk Bumiputera sahaja.

Selepas mekanisme dan prosedur itu diperolehi, Abang Johari berkata, pihaknya akan memanggil kesemua pimimpin pertubuhan kontraktor Bumiputera untuk bermesyuar­at bagi mendapatka­n maklum balas sama ada bersetuju dengan cara tersebut atau sebaliknya.

“Inilah dasar Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mana kita beri peluang kepada semua kontraktor supaya mereka dapat projek menerusi kerja dijalankan di negeri ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata Sarawak akan menjadi lebih ‘sibuk’ dalam tempoh enam tahun dari sekarang apabila kerajaan negeri akan memfokuska­n pembanguna­n infrastruk­tur terutama di kawasan luar bandar.

Dedahnya, peruntukan yang digunakan sepanjang tempoh tersebut mencecah RM16 bilion yang melibatkan pelbagai projek pembanguna­n berkaitan.

Malah, beliau berkata setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan disediakan peruntukan di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) termasuk Ahli Parlimen GPS, lebih RM700 juta setahun untuk melaksanak­an projek di kawasan masingmasi­ng.

Pada majlis itu, Abang Johari turut mengumumka­n bahawa kerajaan negeri akan mempertimb­angkan memberi sebidang tanah kepada PKMM Sarawak untuk membina pejabat persatuan tersebut.

Justeru, beliau mengingatk­an supaya kontraktor menjalanka­n kerja dengan penuh amanah dan menggunaka­n peluang tersebut sebaik mungkin.

Abang Johari turut menyampaik­an Anugerah Kontraktor Cemerlang yang diterima Khazanah Enterprise, Syarikat Maaz General Trading, Syarikat Boh dan Chu, Zul Global Company, Wilma Enterprise, MCP Resources Sdn Bhd, Vista Trade Sdn Bhd dan Kurnia Matang Sdn Bhd.

Hadir sama bekas Yang diPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin, Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, ADUN Simunjan Awla Dris, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Presiden PKMM Datuk Mohamed Fadzill Hassan, Yang Dipertua PKMM Sarawak Datuk Ismail Suut dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari ditemani Fadzill dan Ismail merakam kenangan bersama penerima Anugerah Kontraktor Cemerlang.
UNTUK ALBUM: Abang Johari ditemani Fadzill dan Ismail merakam kenangan bersama penerima Anugerah Kontraktor Cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia