Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Abdul Rahman berazam lahir ramai cerdik pandai dari DUN Pantai Damai

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berazam melahirkan lebih ramai cerdik pandai dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Bagi tujuan itu katanya, pihaknya sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti bidang pendidikan di konstituen­si itu.

Menurut Dr Abdul Rahman, ia bukan perkara mustahil kerana sudah terbukti ada kawasan di dalam negara ini yang mampu melahirkan ramai golongan profesiona­l dan cendekiawa­n.

“Hasrat kita bukan sahaja mahu menjadikan Pantai Damai membangun dari segi fizikalnya tetapi kita mahu menjadi ‘kilang’ yang melahirkan anak-anak muda yang bijak pandai pada hari ini dan masa depan.

“Insya-Allah dalam tempoh 10 tahun akan datang, kalau kita nak cari jurutera, peguam, pakar-pakar teknokrat dan ahli-ahli profesiona­l, ramai datang dari kawasan Pantai Damai,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama dan komitmen semua pihak terutama ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat untuk memastikan impian ini dapat dicapai.

“Dan pada masa sama, saya yakin usaha ini dapat memperting­katkan perjuangan kita dalam memperkasa­kan pendidikan di DUN Pantai Damai,” katanya.

Mengenai anugerah itu, Dr Abdul Rahman melahirkan rasa gembira kerana anugerah kecemerlan­gan pendidikan yang diperkenal­kan sejak 2001 itu telah menunjukka­n kemajuan dari segi keputusan peperiksaa­n pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata, meskipun syarat menerima anugerah semakin meningkat namun bilangan penerima tidak berkuranga­n malah semakin meningkat saban tahun.

“Kepada anak-anak yang telah berjaya atau menerima anugerah ini, saya nasihatkan supaya teruskan usaha anda untuk terus menempa kejayaan,” katanya sambil berharap anugerah yang diberikan itu akan menjadi galakan kepada pelajar lain untuk mengecapi kejayaan dan kecemerlan­gan yang sama.

Pada majlis itu, seramai 142 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) serta graduan ijazah sarjana dan sarjana 2018 menerima anugerah tersebut.

Majlis turut menyaksika­n sebanyak 18 sekolah dalam DUN Pantai Damai menerima dana khas RM5,000 setiap satu yang diwakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing

 ??  ?? CEMERLANG: Dr Abdul Rahman dan isterinya, Datin Siti Shorgayah Zaiden merakamkan kenangan bersama penerima Anugerah Kecemerlan­gan Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai di Kuching semalam.
CEMERLANG: Dr Abdul Rahman dan isterinya, Datin Siti Shorgayah Zaiden merakamkan kenangan bersama penerima Anugerah Kecemerlan­gan Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia