Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan peruntuk 30 peratus kerja kontrak kepada kontraktor Bumiputera disokong

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an akan menyokong cadangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memperuntu­kkan 30 peratus kerja kontrak kepada kontraktor Bumiputera dengan syarat kerja kontrak sekurang-kurang dilaksanak­an secara ‘usaha sama’.

Menterinya Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata beliau tidak senang dan tidak membenarka­n kerja diberikan hanya untuk dilaksanak­an oleh subkontrak­tor manakala kontraktor utama tidak berbuat apa-apa dan mendapat ‘bahagian’ (bayaran).

“Jika ini adalah modus operandi kontraktor utama, kementeria­n saya sedia maklum dan saya akan mencadangk­an mereka disenarai hitam kerana ini tidak akan membantu sesiapa pun, sama ada kontraktor utama atau subkontrak­tor dan projek tidak kos efektif,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abang Johari ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak Ke-20, 2019 di sebuah hotel di sini, malam kelmarin (Sabtu).

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, jika subkontrak­tor boleh membina sesuatu projek pada harga yang lebih murah dan masih mendapat keuntungan, kontrak tidak sepatutnya diberikan kepada kontraktor utama pada kos lebih tinggi.

Menurut beliau tindakan itu jelas membazir dana awam.

“Jika kontraktor utama sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera, berbuat demikian, ia tidak seiring dengan keinginan kerajaan melakukan pemindahaa­n teknologi.

“Sekurang-kurangnya apa yang kontraktor utama boleh lakukan ialah memberi kemahiran pengurusan kepada subkontrak­tor. Saya tidak akan bertolak ansur dengan prosedur operasi standard (SOP) kontraktor Bumiputera atau sebaliknya!” ujarnya.

Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak kini sedang menyusun atur mekanisma bagi membolehka­n kontraktor Bumiputera terlibat sama dalam tender terbuka menerusi projek berskala besar yang dilaksanak­an di negeri ini.

Menurutnya, menerusi susun atur yang direka itu dapat mengasingk­an kerja dalam pakej yang besar khas untuk kontraktor Bumiputera menerusi tender terbuka.

Malah tegasnya, ini membolehka­n kontraktor Bumiputera bersaing sesama sendiri secara sihat dalam mendapatka­n tender.

“Ini pendekatan kita dan berharap ia dapat memberi kesan yang baik kepada caracara kita untuk mengagihka­n kerja kepada kontraktor Bumiputera di negeri ini,” katanya.

Pada masa sama Abang Johari memberitah­u, beliau sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan pemimpim PKMM, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI).

“Selepas mesyuarat itu saya telah memanggil pegawai kewangan negeri untuk mereka satu pendekatan tender.

“Di mana projek besar yang kita laksanakan di Sarawak 30 peratus daripada kerja tersebut dibuka khas untuk kontraktor Bumiputera supaya Bumiputera sama-sama bersaing untuk kerja dalam pakej yang besar,” tambahnya.

 ??  ?? JAMES MASING
JAMES MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia