Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Senadin dan JPN mengadakan lawatan khas

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mengadakan lawatan khas ke Kampung Lopeng Tengah dan Kampung Senadin Jaya di sini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata ia adalah lawatan mendedahka­n kepentinga­n mendaftark­an sijil kelahiran seterusnya mendapatka­n MyKad.

Menurutnya, ramai ibu bapa mempunyai kelahiran baharu bayi yang belum mengetahui Endowment Fund Sarawak (EFS).

Sehubungan itu, program tersebut bukan hanya mendedahka­n kepentinga­n mendaftark­an sijil kelahiran tetapi juga menerangka­n pelaksanaa­n EFS di Sarawak.

Sementara itu, wakil Unit Bergerak JPN Affrizan Bujang berkata lawatan itu juga memproses permohonan pendaftara­n EFS kepada bayi baharu lahir di Sarawak.

Ini termasuk menerangka­n beberapa kelayakan termasuk warganegar­a Malaysia, lahir di Sarawak atau luar Sarawak (luar negara dan Semenanjun­g Malaysia).

“Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ dan kepada warga Sarawak berada di luar negara mereka juga boleh mendaftar melalui pejabat kedutaan atau konsulat negara mereka tinggal.

“Bagi kategori anak angkat, kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ selain mempunyai Sijil Pengangkat­an Anak yang sah,” katanya.

Beliau menjelaska­n, memandangk­an skim EFS itu untuk semua bayi anak Sarawak, ibu mempunyai bayi tetapi tiada pasangan atau suami boleh mendaftar tetapi dengan syarat harus mempunyai dokumen diri membuktika­n mereka adalah warga Sarawak.

Dalam ucapan Belanjawan Sarawak 2019, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n pemberian EFS RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula 2019 dan kerajaan negeri memperuntu­kkan RM40 juta bagi tujuan tersebut tahun ini.

Sementara itu, Lee juga menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Lopeng Tengah dan Surau Senadin Jaya.

Beliau turut merasmikan pelancaran paip gas baharu kepada sembilan rumah di Kampung Senadin Jaya di sini.

 ??  ?? UNTUK AKTIVITI: Lee (empat kanan) menyampaik­an cek kepada Ketua Masyarakat Kampung Senadin Jaya KK Raamah Hamdan (tiga kiri) sambil disaksikan yang lain.
UNTUK AKTIVITI: Lee (empat kanan) menyampaik­an cek kepada Ketua Masyarakat Kampung Senadin Jaya KK Raamah Hamdan (tiga kiri) sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia