Utusan Borneo (Sarawak)

Tambahan RM25 juta bangun kemudahan rakyat di Bekenu

Projek melibatkan naik taraf jalan, pembinaan jambatan dan dewan dirancang dilaksana tahun ini dan tahun depan

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kerajaan Sarawak menambah peruntukan berjumlah RM25 juta untuk melaksanak­an sembilan projek kemudahan rakyat di konstituen­si Bekenu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek melibatkan naik taraf jalan, pembinaan jambatan dan dewan dirancang dilaksana pada tahun ini dan tahun depan.

“Saya tidak berani janji bonus Hari Raya tetapi hari ini saya janji bonus ini. Semua bernilai RM25 juta dan dilaksanak­an dalam masa setahun dua ini,” katanya pada Majlis Makan Tahun Perdana di Kampung Pintasan Tiris, Bekenu semalam.

Projek terbabit ialah Dewan Umum Kampung Tiris (RM1 juta), jalan berturap seluruh Kampung Tiris (RM3.95 juta), Jalan Bekenu-Lubuk Buinih sepanjang 6km (RM3.92 juta), Jalan Tiris-Kampung Bulau sepanjang 7km (RM4.6 juta), Jalan Bulau-Pan Borneo sepanjang 6km (RM3.92 juta) dan pembinaan Jambatan Kampung Bulau Bekenu (RM4.18 juta)

Peruntukan tambahan menyiapkan Tadika Niah (RM200,000), pembinaan bangunan SJK (C) Lumut (RM400,000) dan Pasar Batu Niah (RM2.8 juta).

Permintaan projek daripada enam kampung dan sebuah rumah panjang di kawasan tersebut dikemukaka­n oleh

Saya tidak berani janji bonus Hari Raya tetapi hari ini saya janji bonus ini. Semua bernilai RM25 juta dan dilaksanak­an dalam masa setahun dua ini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus kepada Ketua Menteri pada majlis itu.

Abang Johari berkata, kerajaan sebelum ini meluluskan projek pembanguna­n Tebingan Bekenu dan menerima cadangan pembinaan jambatan yang boleh menjadi ikon Bekenu.

“Kerajaan pimpinan saya, alhamdulil­lah mencari dana dan kalau dana kita kuat, kalau kita bersatu padu dan mencari dana tambahan, sebab itu saya berani meluluskan kerana saya rasa boleh saya keluarkan RM25 juta ini,” jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberikan khidmat terbaik untuk menguatkan kerajaan negeri termasuk dari sudut pendapatan negeri.

Sekarang, kerajaan ada cara baharu menambah pendapatan negeri yang membolehka­nnya berdikari dan membangunk­an Sarawak mengikut acuan sendiri.

“Kalau tidak ada (dana) saya tidak berani berjanji... kalau janji tidak ditepati orang Sarawak kata buruk siku. Saya tidak mahu buruk siku, kalau saya janji, saya dan rakanrakan akan tunaikan janji,” katanya berseloroh.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dan ADUN Lambir Ripin Lamat.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari ketika merasmikan Majlis Makan Tahun Perdana di Kampung Pintasan Tiris, Bekenu semalam.
RASMI: Abang Johari ketika merasmikan Majlis Makan Tahun Perdana di Kampung Pintasan Tiris, Bekenu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia