Utusan Borneo (Sarawak)

GPS terus memperjuan­gkan hak Sarawak

-

MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus memperjuan­gkan hak Sarawak yang telah lama terhakis agar dapat dikembalik­an semula mengikut yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan merupakan legasi Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, GPS menolak pindaan Rang Undang-Undang (RUU) sebelum ini kerana ia tidak memperakui kedudukan atau status Sabah dan Sarawak sebagai ‘equal partner’ kepada MA63.

Pengerusi GPS itu berkata, pindaan seharusnya dibuat dengan teliti dan memenuhi kehendak terkandung dalam MA63 agar hak Sarawak dapat dikembalik­an.

“Kalau kita nak buat pindaan, mesti mengikut perimeter Perlembaga­an dan MA63 dan MA63 mesti ada dalam pindaan. Tak boleh ubah tanpa asas ini. Bukan saya hendak emosi, tetapi saya berteraska­n fakta. Kalau salah langkah kita akan bahaya.

“Kalau partner, kerjalah macam partner. Macam orang kahwin juga, kedua-duanya harus bertanggun­gjawab. Kita perlu menyusun langkah berhati-hati agar tidak membuat kesilapan. Kita tidak mahu generasi akan datang menyalahka­n kita,” katanya pada Majlis Pelancaran GPS Peringkat Zon 13B Miri di sini semalam.

Abang Johari berkata, GPS terus menjadi benteng pertahanan melindungi hak dan hasil bumi Sarawak dan wadah perjuangan terbaik kepada Sarawak kerana bukan sahaja menekankan pembanguna­n di bandar tetapi di luar bandar meliputi kawasan pedalaman.

“Kita tubuhkan GPS iaitu parti anak Sarawak sendiri dan kita dapat menguruska­n dan mentadbir negeri kita mengikut acuan kita sendiri tanpa perlu terikat dengan parti dari Semenanjun­g Malaysia.

“Perjuangan ini bukan untuk kepentinga­n peribadi saya namun untuk seluruh rakyat Sarawak. Esok, lusa jika saya tiada, orang lain akan meneruskan perjuangan ini,” katanya.

Tambahnya, legasi perjuangan Allahyarha­m Tok Nan diteruskan oleh beliau demi masa depan dan kemajuan negeri ini dan GPS sentiasa mengotakan janji kepada rakyat Sarawak.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an ahli-ahli GPS agar tidak mengamalka­n budaya politik yang memecah belah perpaduan serta keharmonia­n rakyat.

“Budaya politik berpecah belah di Semenanjun­g Malaysia amat jelas dilihat terutama melibatkan Bumiputera iaitu dengan terpecah satu parti politik kepada lima iaitu UMNO, PKR, PAS, AMANAH dan BERSATU.

Abang Johari menjelaska­n, berbeza di Sarawak rakyatnya hidup aman damai dan tidak mempunyai perasaan bersangka buruk sesama sendiri.

Sebagai contoh, kerajaan mengiktira­f Good Friday disambut masyarakat agama Kristian sebagai cuti umum manakala perayaan Easter pun diraikan bersama.

“Kita percaya Sarawak dapat bergerak ke hadapan menggunaka­n acuan sendiri kerana kita GPS tahu arah dan hala tuju. Saya berharap dengan pelancaran GPS Zon 13B ini akan mendorong ahli-ahli parti berjuang bersungguh-sungguh dan berkhidmat demi kemajuan Sarawak terutama Miri,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Pelancaran GPS Zon 13B Datuk Lee Kim Shin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, ADUN Lambir, Ripin Lamat dan ADUN Pujut Datuk Sebastian Ting.

 ??  ?? TERLAKSANA: Abang Johari mengibarka­n bendera GPS pada pelancaran GPS Zon 13B di Miri semalam. Kelihatan sama Lee, Dr Sim dan Awang Tengah.
TERLAKSANA: Abang Johari mengibarka­n bendera GPS pada pelancaran GPS Zon 13B di Miri semalam. Kelihatan sama Lee, Dr Sim dan Awang Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia