Utusan Borneo (Sarawak)

Pertalian antara generasi lama dan baharu harus terus hidup: KM

-

BEKENU: Pertalian antara generasi lama dan baharu harus terus hidup untuk memastikan tradisi dan budaya kaum dapat diwarisi dan dipertahan­kan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hubungan itu adalah asas budaya rakyat pelbagai kaum di Sarawak yang mementingk­an adat resam, budaya dan tradisi dalam amalan hidup seharian mereka.

“Ini adalah asas budaya kita, di mana dengan adanya asas kuat ini, kita dapat membangunk­an masyarakat kita dalam keadaan aman dan sentosa,” katanya pada Majlis Makan Tahun di Kampung Pintasan Tiris, di sini semalam.

Beliau berkata, corak kehidupan generasi terdahulu harus dijadikan teladan kepada generasi moden sekarang untuk menjalani kehidupan lebih baik tanpa meminggirk­an adat resam diwarisi sejak turuntemur­un. “Ada perkara boleh diperbaiki dan sudah tentu kerana zaman bertukar dari satu zaman ke zaman lain, ada perubahan sedikit tetapi asasnya adalah daripada generasi orang tua,” jelasnya.

Menurutnya, kekayaan budaya dan perpaduan kukuh di Sarawak menjadikan­nya model kepada seluruh negara.

Sehubungan itu, rakyat Sarawak harus memiliki benteng mempertaha­nkan keistimewa­an dan kekayaan budaya mereka.

Mengenai majlis itu, Abang Johari berkata acara kaum Kedayan itu adalah kebudayaan mengeratka­n hubungan generasi muda dan lama selain mengukuhka­n perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau meminta generasi muda belajar membuat kelupis yang merupakan hidangan utama makan tahun itu.

“Generasi muda mesti tahu membuat kelupis dan kalau kelupis menjadi syarat penting jamuan, generasi muda mesti tahu cara membuat kelupis,” jelasnya.

Kerajaan Sarawak meluluskan sejumlah RM4 juta untuk projek pembinaan Pusat Warisan Kedayan di Bekenu.

Abang Johari berkata, selain memupuk dan mempertaha­nkan budaya, pusat itu juga dapat menyemarak­kan budaya hubungan kaum di sini.

“Peruntukan sudah saya luluskan dan kini dalam proses pembinaan. Pusat lengkap dengan segala kemudahan. Janji telah saya tepati untuk masyarakat Kedayan,” katanya.

Dalam pada itu, aktiviti dianjurkan bersama Persatuan Kedayan Sarawak (PERKASA) Sibuti, Pejabat Residen Bahagian Miri, Pejabat Daerah Subis, Majlis Daerah Subis, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bekenu dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Lambir.

Antara objektif utamanya adalah mengekalka­n tradisi dan adat kebudayaan makan tahun kaum Kedayan.

Turut diadakan ialah pameran adat resam, jualan herba dan kraf tangan masyarakat Kedayan.

Pelbagai persembaha­n kebudayaan serta pertanding­an Kepala Kapoo memeriahka­n Malam Kebudayaan pada malam Sabtu lalu.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dan ADUN Lambir Ripin Lamat.

 ??  ?? BEGINI CARANYA: Abang Johari ditunjukka­n oleh Rosey dan Awang Tengah cara mengikat kelupis pada Majlis Makan Tahun Perdana Kampung Pintasan Tiris, Bekenu semalam.
BEGINI CARANYA: Abang Johari ditunjukka­n oleh Rosey dan Awang Tengah cara mengikat kelupis pada Majlis Makan Tahun Perdana Kampung Pintasan Tiris, Bekenu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia