Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai barangan di bawah harga terkawal ditambah

Sebagai langkah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kawal kenaikan harga barangan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Senarai barangan di bawah harga terkawal sepanjang masa bakal ditambah oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, ini adalah sebagai langkah kementeria­n mengawal kenaikan harga barangan.

“Senarai barangan yang akan ditambah di bawah harga terkawal ini akan kita umumkan nanti dan pada masa ini kita masih lagi mengamalka­n ekonomi bebas.

“Maksudnya tidak mengawal harga barangan melainkan yang di bawah harga terkawal tetap iaitu beras, gula, tepung, minyak masak, tong LPG, petrol RON95 dan diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Onn Food Corner di Jalan Sungai Maong Hilir dekat sini semalam.

Tambah Chong, selain menambah senarai barangan harga terkawal tetap, kementeria­n juga melanjutka­n tempoh bagi skim kawalan barangan harga terkawal pada musim perayaan Gawai dan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Kebiasaann­ya skim kawalan barangan harga terkawal ini dikuatkuas­akan selama 15 hari tetapi untuk dua perayaan ini nanti kita akan melanjutka­n selama sebulan,” katanya.

Chong dalam pada itu turut mengingatk­an para peniaga supaya tidak menaikkan harga barangan terkawal melebihi harga yang ditetapkan.

Kegagalan mematuhi arahan ini katanya, boleh diambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan.

Untuk rakyat di pedalaman katanya, kerajaan telah memperuntu­kkan sejumlah RM140 juta bagi menanggung kos pengangkut­an tujuh barangan terkawal di atas.

Daripada peruntukan tersebut, lebih 90 peratus adalah untuk Sabah dan Sarawak dengan Sarawak sahaja sebanyak RM80 juta diperuntuk­kan bagi tujuan tersebut.

Bercakap mengenai Onn Food Corner, Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin berkata premis berkenaan antara yang menawarkan minuman dan makanan pada harga murah.

Justeru Chong berterima kasih kepada pemiliknya kerana memberi pilihan kepada masyarakat terutama warga Kuching.

“Meskipun masyarakat merungut harga makanan dan minuman banyak naik namun premis ini masih mengekalka­n harga rendah selama 15 tahun.

“Sebagai contoh kopi o dijual pada harga RM0.60 sahaja manakala nasi ayam pada harga RM2.00 sahaja dan RM3.00 jika memesan bahagian paha ayam,” ujarnya.

Senarai barangan yang akan ditambah di bawah harga terkawal ini akan kita umumkan nanti dan pada masa ini kita masih lagi mengamalka­n ekonomi.

Chong Chieng Jen

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? MURAH: Chong (kiri) menunjukka­n tanda terbaik untuk premis Onn Food Corner di Kuching yang menjual minuman dan makanan pada harga antara yang terendah.
MURAH: Chong (kiri) menunjukka­n tanda terbaik untuk premis Onn Food Corner di Kuching yang menjual minuman dan makanan pada harga antara yang terendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia