Utusan Borneo (Sarawak)

PKMKS anjur Bengkel Penjagaan Orang Tua di Kpg Asajaya Tengah

- Oleh Sepawie K. Alwi

KUCHING: Suntikan vaksin antirabies daerah Kuching diteruskan di Zon B, melibatkan kawasan Samariang, Petra Jaya dan Gita pada 23 April bermula jam 9 hingga 11.30 pagi dan bersambung pada jam 2 hingga 5 petang.

Suntikan vaksin antirabies hari kedua ini akan dilaksanak­an sepenuhnya dari rumah ke rumah oleh pasukan petugas Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak.

Antara kawasan terlibat dalam Zon B bermula jam 9 hingga 11.30 pagi ialah Taman Foong Joon, Taman Kubah Jaya, Taman Hwa Ling, Taman Ria Liew, Taman Sri Sarapi, Taman Gita Jaya, Taman Kandis, Taman Peaceful, Taman Sejoli, Taman Ibnu Hashim, Taman Monah, Taman Trinora, Taman Hijrah, Rancangan Perumahan Rakyat Jalan Astana, Kampung Tunku Fasa 2, Kampung Tupong Batu, Semariang Fasa II, Kampung Sungai Midin, Taman Abrar, Kampung Semariang Batu dan Taman Sukma.

Manakala mulai jam 2 hingga 5 petang pasukan tersebut akan berada di Taman Fitrah, Taman Rose, Taman Aichi, Kampung Gita, Taman BG Ry, Taman Rahmat, Taman Hipni, Laman Gemalam, Kampung Tupong Hulu, Taman Suriza, Kampung Malaysia Jaya, Kampung Tanjung, Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil Besar, Taman Sepawie, Taman Daya Riang, Kampung Semariang, Kampung Semariang Pinggir, Taman Pelita Jaya dan Desa Guru.

Sehubungan itu, masyarakat yang tinggal di Zon B dinasihati tidak panik dengan kehadiran pasukan tersebut.

Sebaliknya mereka dinasihati menggunaka­n peluang tersebut untuk mendapatka­n suntikan vaksin antirabies yang diberikan secara percuma khusus kepada anjing yang mempunyai pemilik.

Program vaksinasi rabies akan dilaksanak­an di kawasan pentadbira­n Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengikut pembahagia­n zon mulai 22 April hingga 2 Mei sempena operasi Bersepadu Fasa III Daerah Kuching.

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi Bilik Operasi Rabies di talian 082-628 250 atau 082-628 255. KOTA SAMARAHAN: Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) berpuas hati dengan penganjura­n Bengkel Penjagaan Orang Tua di Dewan Tertutup Kampung Asajaya Tengah kelmarin (Sabtu).

Timbalan Pengerusi PKMKS Mohd Faisal Nebi berkata, objektif PKMKS untuk mengetenga­hkan isu penjagaan orang tua mendapat sambutan menggalakk­an.

“Kami dimaklumka­n bahawa ada peserta yang menyatakan hasrat untuk mengadakan bengkel yang sama di kampung mereka.

“Kami teruja kerana memang tujuan utama kami dalam penganjura­n bengkel ini untuk mengetenga­hkan isu penjagaan orang tua kepada para peserta,” kata Faisal.

Penganjura­n bengkel adalah kerjasama di antara PKMKS dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Asajaya Tengah.

Sejak pendaftara­n persatuan diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada April tahun lepas, PKMKS telah berjaya menganjurk­an empat bengkel.

Menurut Faisal, PKMKS akan terus berusaha memberi kesedaran tentang isu penjagaan orang tua dan mangsa strok.

“Pada pandangan kami, ramai pihak memandang remeh kedua-dua isu ini seolah-olah tidak perlu dirisaukan.

“Tetapi hakikatnya, isu-isu ini boleh memberi tekanan ke atas institusi keluarga sehingga mencetuska­n suasana yang tidak harmoni.

“Atas sebab itu, kami ingin membantu dengan memberi tunjuk ajar tentang cara yang betul menjaga orang tua dan mangsa strok.

“Pada masa yang sama, kami juga berusaha membantu penjaga agar sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menjalanka­n tanggungja­wab menjaga orang tua atau mangsa strok,” kata Faisal.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah atas sokongan kuat yang diberikan kepada PKMKS untuk mengetenga­hkan kedua-dua isu tersebut.

Majlis penutupan Program Perpaduan di Hati dan Bengkel Penjagaan Orang Tua disempurna­kan Pegawai Perpaduan Bahagian Samarahan Suzana Busalam.

Turut hadir Pengerusi KRT Kampung Asajaya Tengah Misiah Fauzi.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Faisal menyampaik­an buah tangan kepada Suzana.
TERIMA KASIH: Faisal menyampaik­an buah tangan kepada Suzana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia