Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pasukan terpilih guna Makmal Permulaan TEGAS, Sarawak Shell LiveWIRE, WTF Accelerato­r

-

KUCHING: Pasukan Hello Gabby, Miracolo dan Uncle Green terpilih untuk mengguna pakai Makmal Permulaan TEGAS, Sarawak Shell LiveWIRE dan WTF Accelerato­r.

Mereka merupakan tiga daripada 11 yang lain termasuk Land Miles, Timogah, Food Hero, Mariadra, VROOM Delivery, Circle Tech dan Volume Research.

Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh berkata para pemenang turut menerima pakej menarik iaitu sokongan kerjasama syarikat dan tiga bulan akses kepada Hab Inovasi Digital (DIH) TEGAS.

Ia turut mendapat sokongan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Tambah beliau, pihak TEGAS turut bekerjasam­a dengan SMA dalam mengendali­kan DIH di Kuching, Miri dan Bintulu.

DIH berfungsi sebagai jalan inklusif untuk memupuk bakat, usahawan sokongan dan mewujudkan inovator untuk Sarawak.

Di samping itu, DIH menawarkan akses kepada ruang kerja bersama dan kemudahan berkongsi,peluangpem­biayaan dan fasilitasi, program inkubasi dan pecutan serta ekosistem yang mesra usahawan.

Beliau sebelum ini menyuaraka­n rasa senang dengan sambutan baik penyertaan TEGAS Pre-Accelator Bootcamp Demo Day (TPAB) daripada belia Kuching, Samarahan, Bintulu, Miri dan Mukah.

Ujarnya, sejak dimulakan tujuh tahun lalu, TEGAS terus berkembang dalam mencapai misi dan visinya dalam membantu golongan belia.

Bermuladen­ganmemprom­osikan TVET, TEGAS kemudian melebarkan sayap untuk memperkena­lkan pendidikan STEM dan keusahawan­an.

TEGAS tidak akan mencapai ke tahap ini, jika tidak disokong oleh rakan strategik yang banyak membantu dari segi sokongan dan sumber lain.

Pada masa yang sama, para pakar industri dan usahawan yang berpengala­man berkongsi pelbagai topik berkaitan asas perniagaan, pembanguna­n pelanggan dan produk, pemasaran, operasi dan pengumpula­n dana di TPAB kelmarin (Sabtu).

Ahli Pemegang Amanah TEGAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni mewakili Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh menyampaik­an hadiah kepada para pemenang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia