Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan PSC mengenai pelaksanaa­n MA63 dialu-alukan

PSC sebelum ini dicadangka­n GPS untuk kaji isu tersebut secara mendalam dan menghasilk­an penyelesai­an

-

KUCHING: Sarawak mengalu-alukan penubuhan Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, PSC sebelum ini dicadangka­n oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengkaji isu tersebut secara mendalam dan menghasilk­an penyelesai­an.

“Kita mahu pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n dibawa ke jawatankua­sa pilihan untuk memberi masa kepada pakar undang-undang membincang­kan perkara itu.

“Sekarang beliau (VK Liew) tahu betapa pentingany­a jawatankua­sa ini dan kami amat mengalu-alukannya,” katanya pada Program ‘Youth Meet Up’ di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta komen mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng) Datuk Liew Vui Keong yang memaklumka­n PSC diwujudkan dalam usaha mengembali­kan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian.

Nancy berkata, pakar undang-undang itu termasuk peguam negara dan persatuan peguam.

Bagaimanap­un mengenai mengembali­kan hak-hak asal Sarawak, beliau berkata banyak perubahan telah berlaku sejak itu dan mencadangk­an undang-undang perlu ditambah baik.

Katanya, di bawah MA63, Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia tetapi memandangk­an ia keluar pada 1965, maka MA63 tidak sah.

“Kita berpendapa­t bahawa jawatankua­sa kabinet untuk MA63 sudah bermesyuar­at dan oleh itu, kita mahu mengetahui hasil mesyuarat tersebut,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n adalah dipinda, maka definisi ‘Persekutua­n’ juga perlu dipinda.

“Ia bukan untuk anda dan saya berhujah dalam media, biarlah pajkar-pakar dan juga penyelidik membincang­kan dan menyelesai­kan,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Ahli Parlimen dari Sabah yang menyokong pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n, Nancy enggan memberi komen kerana ia mungkin menjadi kontrovers­i memandangk­an Sabah mempunyai pemimpin sendiri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Kita mahu pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n dibawa ke jawatankua­sa pilihan untuk memberi masa kepada pakar undang-undang membincang­kan perkara itu.

Datuk Seri Nancy Shukri

Ahli Parlimen Batang Sadong

untuk mengulas.

Terdahulu, Program Youth Meet Up merupakan anjuran Kenyalang Prodigy dan forum itu dihadiri oleh pelajar institusi pengajian tinggi, pelbagai agensi dan penduduk tempatan yang datang dari pelbagai kawasan.

 ??  ?? FORUM: Nancy bersama moderator, Khairul Anwar Shazali pada Program Youth Meet Up di Kuching, malam kelmarin.
FORUM: Nancy bersama moderator, Khairul Anwar Shazali pada Program Youth Meet Up di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia