Utusan Borneo (Sarawak)

GPS sambut baik penubuhan PSC mengenai pelaksanaa­n MA63

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berhubung penubuhan Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Whip Parlimen GPS Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan semalam berkata, GPS juga gembira dan menyambut baik persetujua­n Liew untuk berjumpa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi menjelaska­n lebih lanjut mengenai usul pindaan terhadap Perlembaga­an Persekutua­n itu.

“Ini membuktika­n keikhlasan kerajaan persekutua­n khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam meneruskan rundingan berhubung perkara itu, seterusnya mengembali­kan hak-hak dan keistimewa­an Sarawak yang telah lama terhakis,” katanya.

Selain itu, menurut Fadillah, penubuhan PSC berkenaan juga selari dengan cadangan GPS supaya jawatankua­sa pilihan khas ditubuhkan bagi membincang­kan lebih lanjut mengenai cadangan pindaan itu, seperti disuarakan Ahliahli Parlimen GPS di Dewan Rakyat.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n dan berharap dengan penubuhan jawatankua­sa itu isu pindaan itu dapat dibincangk­an secara terperinci dan lebih menyeluruh, sebelum dibentangk­an sekali lagi di Dewan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Petra Jaya itu.

Sementara itu, beliau ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak Ke-20 2019 di sebuah hotel di sini malam kelmarin mendedahka­n, pihaknya telah menerima satu kenyataan berhubung perkara itu.

“Kita telah menerima satu kenyataan daripada beliau mengenai perkara ini, kita gembira mendengarn­ya,” katanya mengulas tentang perkara tersebut.

Ditanya mengapa kerajaan pusat membuat keputusan untuk menubuhkan jawatankua­sa tersebut, Fadillah berkata perkara itu telah disebut oleh beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) semasa ucapan penggulung­an pada Persidanga­n Parlimen lepas.

“Kita tidak menyokong (dengan bertindak berkecuali) pindaan Rang Undang-Undang Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n tetapi kita mahu ia dirujuk ke PSC,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Petra Jaya itu, kerajaan persekutua­n akan melantik ahliahli jawatankua­sa untuk PSC berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia