Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan PSC bukti keikhlasan kerajaan PH kembalikan hak Sabah, Sarawak

-

KUCHING: Penubuhan Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen (PSC) membuktika­n keikhlasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengembali­kan hak-hak Sabah dan Sarawak yang terhakis meskipun selepas kegagalan pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii yang menyambut baik penubuhan jawatankua­sa tersebut, berkata ia berperanan memantau dan menyemak pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dr Yii yang dihubungi semalam berkata, penubuhan PSC telah dicadangka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan penggulung­annya ketika pembentang­an pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n pada 9 April lepas.

“Dalam ucapan penggulung­annya, Tun M telah mengambil kira semua kebimbanga­n dan keresahan yang telah dibangkitk­an oleh pihak pembangkan­g pada masa itu.

“Beliau pada masa itu juga bersetuju untuk penubuhan PSC untuk memantau dan bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Khas Kabinet MA63.

“Saya menyambut baik penubuhan PSC ini kerana ini menunjukka­n keikhlasan kerajaan PH mengembali­kan hak-hak Sabah dan Sarawak yang telah terhakis meskipun kegagalan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Penubuhan PSC telah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong kelmarin.

Dr Yii dalam pada itu berasa sedikit kecewa kerana meskipun jaminan telah diberi oleh Perdana Menteri untuk mengembali­kan hak-hak Sabah dan Sarawak namun ahli-ahli parlimen pembangkan­g daripada PAS, UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih tidak menyokong pindaan tersebut.

“Disebabkan pindaan tersebut tidak mendapat sokongan PAS, UMNO dan GPS, sampai hari ini kita masih tidak dapat menukar status Sabah dan Sarawak dan kekal sebagai salah sebuah negeri dalam Persekutua­n Malaysia,” katanya.

Walaupun pindaan tersebut telah gagal, tetapi kerajaan persekutua­n telah menunjukka­n keikhlasan bahawa mereka memang berhasrat untuk mengembali­kan semua hak Sabah dan Sarawak yang telah terhakis ketika pemerintah­an kerajaan terdahulu.

Penubuhan PSC ini akan membolehka­n ahli-ahli parlimen daripada kedua-dua pihak dapat bersama-sama melihat sendiri pelaksanaa­n MA63 untuk kebaikan rakyat Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri dalam ucapan penggulung­annya menyebut kerajaan tiada halangan agar penubuhan Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan untuk menyemak pelaksanaa­n MA63.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, kerajaan sedar bahawa tiada ahli-ahli parlimen yang menganggot­ai Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaa­n MA63.

Selain itu, penubuhan jawatankua­sa itu akan memberi peluang kepada ahli jawatankua­sa khas parlimen untuk mengemukak­an laporan kepada Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaa­n MA63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia