Utusan Borneo (Sarawak)

Soo terkejut dengan kenyataan Baru anggap GPS khianati rakyat Sarawak

-

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Lina Soo terkejut dengan kenyataan yang dikeluarka­n Menteri Kerja Raya Baru Bian yang menyebut ‘BETRAYAL GPS SARAWAKIAN’.

Baru yang juga merupakan Ahli Parlimen Selangau juga katanya, mendakwa GPS pengkhiana­t kerana tidak menyokong Pindaan Perkara 1 (2) pada persidanga­n parlimen pada 9 April lepas.

“Bukankah ia kedengaran seolah-olah ahli politik Sarawak yang mengejar kepentinga­n peribadi mereka melebihi kepentinga­n rakyatnya sendiri. Itu adalah pengkhiana­tan yang lebih besar,” ujar Lina dalam kenyataann­ya semalam.

Soo menegaskan bahawa dirinya tidak bersetuju dengan kenyataan Baru yang mendakwa perkara itu tidak perlu dibawa ke Persidanga­n DUN Sarawak.

Sikap Baru tambahnya, menunjukka­n tanda tidak hormat beliau terhadap pengundiny­a di Sarawak yang melayakkan dirinya menyandang jawatan di parlimen dan kabinet negara bagi menjaga kepentinga­n rakyat.

Sebaliknya ahli politik ini, mengabaika­n hak mereka untuk memperoleh maklumat dan kandungan perjanjian penuh yang penting bagi Sarawak.

“Tidak ada perkara yang lebih membimbang­kan bagi Sarawak melainkan isu berkaitan perlembaga­an yang menjejaska­n integriti wilayah dan martabat rakyatnya.

“Isi kandungan perjanjian mesti dibincangk­an dengan rakyat menerusi penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mereka yang mewakili rakyat mesti terlibat sama dalam proses membuat keputusan dan tidak menghirauk­an perkara tersebut adalah satu penghinaan kepada rakyatnya,” ujarnya.

Mengapa versi bahasa Melayu pindaan itu tidak didedahkan kepada rakyat di Sarawak?

Walaupun pindaan dalam bahasa Inggeris bagi Perkara 4 Rang Undang-Undang Malaysia (MA63) jika diterjemah kepada BM telah menukar status Sabah dan Sarawak menjadi ‘Negeri-negeri Borneo’, tegasnya.

Terkandung di dalam Perlembaga­an Persekutua­n, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan perlu digunakan berbanding bahasa Inggeris.

Pada masa yang sama, Soo juga mempersoal­kan mengapa Ahli Parlimen Pakatan harapan dari Sarawak mendesak untuk yang lainnya menyokong terus pindaan tersebut tanpa memberi masa untuk menelitiny­a terlebih dahulu.

Beliau turut mempersoal­kan keputusan See Chee How yang bersedia untuk membentang­kan rang undang-undang berkenaan pada Persidanga­n DUN Mei depan.

“Apakah beliau tidak mendengar suara rakyat Sarawak yang kini telah mengetahui bahawa menjadi sebahagian daripada negeri dalam persekutua­n tidak membawa sebarang kebaikan kepada Sarawak.

“Bahkan menyebabka­n kerugian yang sangat besar terutama menerusi ekonomi iaitu cukai dan keuntungan minyak dan gas yang telah disalurkan selama bertahun ke Malaya bagi pembanguna­n di sana,” katanya.

Beliau menjemput Baru dan See menyertai perdebatan bertajuk ‘Rejecting the Constituti­onal Amendment of 9th July is a Betrayal of Sarawakian­s’ yang akan disertai Peter John Jaban.

Memandangk­an Baru telah menyeru kepada rakyat Sarawak untuk menjadi hakim, biarkan perdebatan ini membenarka­n rakyat untuk menilai siapa pengkhiana­t sebenar Sarawak, kata Soo.

Jika kedua-dua Yang Berhormat (YB) menolak untuk mempertaha­nkan pendirian mereka, maka mereka harus memohon maaf kepada rakyat Sarawak secara terbuka kerana menyokong pindaan perlembaga­an tersebut.

 ??  ?? LINA
LINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia