Utusan Borneo (Sarawak)

OKU digalakkan sertai bidang kemahiran dan keusahawan­an

-

KEPALA BATAS: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) disarankan agar mengikuti program-program latihan kemahiran serta melibatkan diri dalam bidang keusahawan­an untuk menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi diri, keluarga dan negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata perubahan dalam persekitar­an pekerjaan sentiasa berlaku sama ada evolusi teknologi mahupun pertukaran sistem bermasyara­kat perlu ditempuhi semua insan termasuk golongan OKU.

“Menyedari hal ini, kerajaan merasakan perlunya golongan ini diberikan latihan kemahiran serta menggalakk­an mereka menceburi bidang keusahawan­an selain daripada diberikan peluang dalam pekerjaan.

“Kita sudah ada contoh OKU yang berjaya dalam bidang keusahawan­an dan membuktika­n mereka mampu menonjol dalam bidang kemahiran,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Karnival Kerjaya, Kemahiran, dan Keusahawan­an Insan Istimewa 2019 peringkat negeri Pulau Pinang, di sini semalam.

Mengambil contoh usahawan bengkel kereta yang cacat anggota kaki Mohd Sofian Mohd Yazid, 31, Mahfuz berkata golongan OKU telah membuktika­n bahawa mereka mampu mencapai kejayaan melalui bidang keusahawan­an dan ia perlu menjadi contoh kepada semua lapisan masyarakat.

“Saya baru sahaja berbincang dengan saudara Sofian mengenai perkembang­an perniagaan­nya. Beliau antara insan yang paling gigih yang pernah saya jumpa, setiap pengusaha perniagaan perlu malu dan hormat kepadanya. Pihak kami akan mengkaji dan berusaha membantu beliau,” katanya.

Mohd Sofian yang turut hadir pada karnival itu berkata tujuannya ke program itu adalah untuk menemui Mahfuz bagi membincang­kan perkembang­an perniagann­ya serta usaha beliau untuk membantu golongan OKU yang lain.

Menurutnya, beliau sedang berusaha untuk menjadikan bengkelnya sebagai pusat untuk golongan OKU mempelajar­i selok-belok kemahiran automatif, pengendali­an perniagaan, dan sebagainya selama enam bulan sebelum diberikan sijil yang sah diperakui oleh kerajaan.

“Antara sebab saya ingin mengusahak­an ini semua adalah kerana ramai golongan OKU yang saya jumpa, mereka tidak ada pendorong dan keyakinan. Saya akan menggalakk­an mereka agar masuk pertanding­an inovasi dan kemahiran sama ada di dalam atau luar negara untuk mereka menonjolka­n bakat masing-masing.

“Selepas latihan selama enam bulan, mereka akan keluar dan saya akan batu mereka untuk membina perniagaan sendiri,” katanya.

Selain perniagaan automatif, Mohd Sofian juga sedang berusaha membina sebuah pusat tarikan pelancong iaitu pusat sukan permotoran ‘motocross’ di Pendang, Kedah dan merancang untuk menggunaka­n tenaga kerja OKU sebagai peneraju utama perniagaan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia