Utusan Borneo (Sarawak)

Kes rasuah bekas Exco Johor: SPRM akan kemukakan rayuan

Datuk Abdul Latif Bandi bersama dua individu lain dilepas, dibebas

-

JOHOR BAHRU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukak­an rayuan ke Mahkamah Tinggi susulan keputusan Mahkamah Sesyen di sini semalam yang melepas dan membebaska­n bekas Exco Johor, Datuk Abdul Latif Bandi bersama dua individu lain, tanpa dipanggil membela diri.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta.

SPRM dalam satu kenyataan di sini semalam berkata pihaknyaak­anmengemuk­akan rayuan ke Mahkamah Tinggi hasil perbincang­an bersama Timbalan Pendakwa Raya.

Tindakan tersebut akan dilakukan sebelum tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Terdahulu, bekas Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi, 53, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 27 serta perunding hartanah, Amir Shariffudd­in Abd Raub, 46, didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Sesyen, atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan melibatkan penggubaha­n wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta, dua tahun lepas.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan melepas dan membebaska­n setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap Abdul Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffudd­in.

Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan membabitka­n rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B).

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Ahmad Faizal memeriksa kawalan kehormat pasukan Jabatan Sukarelawa­n (RELA) Malaysia pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun pasukan RELA Malaysia ke-47 peringkat negeri Perak di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri Meru, dekat Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Ahmad Faizal memeriksa kawalan kehormat pasukan Jabatan Sukarelawa­n (RELA) Malaysia pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun pasukan RELA Malaysia ke-47 peringkat negeri Perak di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri Meru, dekat Ipoh, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS: Abdul Latif(tengah) bersama anaknya Ahmad Fauzan (dua kanan) dan Amir Sharifuddi­n (dua kiri) berpelukan sebaik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dekat Johor Bahru, semalam daripada 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta dua tahun lalu.
— Gambar Bernama BEBAS: Abdul Latif(tengah) bersama anaknya Ahmad Fauzan (dua kanan) dan Amir Sharifuddi­n (dua kiri) berpelukan sebaik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dekat Johor Bahru, semalam daripada 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia