Utusan Borneo (Sarawak)

Enam penguat kuasa JPJ Perak dipinjamka­n bantu operasi JPJ P.Pinang

-

GEORGE TOWN: Enam penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) negeri Perak dipinjamka­n bagi membantu melancarka­n operasi jabatan itu di negeri ini.

Pengarah JPJ Pulau Pinang Mohamat Johari Mat Nor berkata dua pasukan JPJ Perak yang terdiri daripada enam penguat kuasa itu dipinjamka­n susulan penahanan dan siasatan kes rasuah membabitka­n penguat kuasa JPJ di negeri ini yang dijalankan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Operasi di negeri ini berjalan seperti biasa dan anggota penguat kuasa dari JPJ Perak itu dipinjamka­n sejak Jumaat lepas,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, SPRM menahan 22 lagi penguat kuasa dan pegawai JPJ Pulau Pinang, bagi membantu siasatan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori, yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih di sekitar negeri itu.

Menurut sumber SPRM, penahanan itu merupakan siasatan peringkat kedua selepas peringkat pertama pada Selasa lepas.

Bagaimanap­un, lima daripadany­a direman tujuh hari bermula semalam manakala 17 individu lain dibebaskan dengan jaminan.

Pada Jumaat, 23 daripada 24 penguat kuasa JPJ negeri yang direman SPRM Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan manakala seorang lagi masih ditahan berikutan siasatan ke atasnya belum selesai.

Rabu lepas, Mahkamah Majistret di sini, membenarka­n permohonan reman tujuh hari terhadap 30 individu termasuk 24 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang.

Perintah reman itu dibuat susulan tangkapan dilakukan SPRM dalam operasi khas di seluruh Pulau Pinang pada jam 10 pagi hingga 10 malam, Selasa lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia