Utusan Borneo (Sarawak)

18 PATI ditahan dekat Iskandar Puteri

-

JOHOR BAHRU: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di Sungai Pulai, dekat Iskandar Puteri, empat hari lepas.

Turut ditahan adalah empat lelaki warga Indonesia, dipercayai berperanan sebagai tekong darat.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat dan intipan ke atas empat bot yang masing-masing dikemudi oleh empat tekong berusia antara 23 hingga 39 tahun itu, ditahan pada jam 10.30 malam kerana dipercayai keluar dari negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.

Khiu berkata sebuah sindiket penyeludup­an dipercayai mengendali­kan aktiviti keluar PATI ini dan beroperasi sejak awal April ini.

“Kita berjaya menahan keempat-empat bot tersebut yang menyembuny­ikan 12 PATI lelaki dan enam wanita berusia 16 hingga 47 tahun dalam bot berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Khiu berkata kesemua PATI berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang bagi menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri di Indonesia. Menurutnya, turut dirampas adalah empat bot jenis fiberglass yang digunakan untuk membawa warga asing itu.

“Empat orang tekong yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 mananakala kesemua PATI akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

“Tindakan lanjut akan tetap digerakkan bagi memburu dan memberkas saki baki sindiket terlibat berdasarka­n maklumat yang dikumpulka­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia