Utusan Borneo (Sarawak)

MAPS tidak akan ditutup demi pekerja

Beberapa langkah dicuba untuk menarik lebih ramai pengunjung, jana pendapatan

-

Kaedah baharu ini memberi kesan baik kepada MAPS untuk menjana cukup pendapatan, bayar gaji pekerja dan sebagainya.

IPOH: Kerajaan negeri Perak tidak akan menutup operasi taman tema, Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini, demi menjaga nasib pekerja terutama anak tempatan, demikian tegas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata penutupan taman tema yang dibina secara usaha sama oleh sebuah anak syarikat kerajaan negeri itu akan menyebabka­n pekerjanya kehilangan pekerjaan selain menyebabka­n ia menanggung lebih banyak kerugian.

“Kita dah cuba beberapa langkah untuk baiki keadaan termasuk kaedah baharu iaitu masuk secara percuma dan hanya membayar setiap permainan (yang digunakan).

“Kaedah baharu ini memberi kesan baik kepada MAPS untuk menjana cukup pendapatan, bayar gaji pekerja dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan peletakan batu asas Pusat Pengajian Islam AtTaiyyibi­n di Tanah Hitam, Chemor di sini, semalam.

Bermula pada 1 Mac lepas, MAPS memperkena­lkan model perniagaan baharu iaitu

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak

sistem berkupon bagi semua tarikan di taman tema itu selain pengunjung dibenarkan masuk secara percuma dalam usaha menggalakk­an kehadiran lebih ramai pengunjung.

Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri memerlukan masa untuk menyelesai­kan hutang MAPS yang berjumlah hampir RM500 juta.

Mengenai cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Chong Zhemin dari DAP untuk membawa usul laporan audit dalaman khas MAPS pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Ahmad Faizal menegaskan ia tidak akan berlaku.

“Saya dan rakan-rakan lain dari AMANAH serta PKR berpandang­an jika kita kerajaan... desak kerajaan ia tak kena.

“Kita (kerajaan negeri) dah ambil tindakan tegas, sudah buat audit dalaman, lantik syarikat luar buat forensik audit, kemudian saya juga buat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasat jika ada penyelewen­gan dalam MAPS,” katanya.

Tambahnya usul yang dicadang oleh Chong itu juga tidak wajar diteruskan kerana isu MAPS merupakan antara yang hangat dan mendapat perhatian ramai ADUN sepanjang persidanga­n DUN yang bermula minggu lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Ahmad Faizal (kiri) menurunkan tandatanga­n pada plak perasmian sempena Majlis meletakkan batu asas Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Kampung Tersusun, Tanah Hitam, Chemor, Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Ahmad Faizal (kiri) menurunkan tandatanga­n pada plak perasmian sempena Majlis meletakkan batu asas Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Kampung Tersusun, Tanah Hitam, Chemor, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia