Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk Bandar baharu Ipoh dilantik akhir bulan ini

-

IPOH: Pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu akan dibuat akhir bulan ini dan ia bukan lantikan politik, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata calon bagi jawatan itu, seorang anak tempatan yang mahir berbahasa Jepun untuk menggantik­an penyandang sebelum ini, Datuk Zamri Man telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

“Masalah ketiadaan Datuk Bandar Ipoh ini akan selesai dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan perletakan batu asas Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Tanah Hitam, Chemor di sini, semalam.

Ahmad Faizal berkata demikian sebagai mengulas status Zamri yang tidak bertugas sejak beberapa bulan lalu kerana dikatakan mempunyai masalah kesihatan.

Ditanya lanjut status Zamri sama ada dipecat atau sebaliknya, Ahmad Faizal berkata perkara itu diserahkan kepada pihak pentadbira­n Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“SUK akan ambil tindakan, ada prosedur tertentu berkenaan dengan masalah sedemikian... yang penting Datuk Bandar baharu akan mulakan tugas dan segala urusan di Majlis Bandaraya Ipoh akan berjalan seperti biasa.

Ditanya jika pihak kerajaan negeri mengetahui ketidakhad­iran bertugas Zamri kerana masalah kesihatan, Ahmad Faizal berkata: “Beliau tidak kelihatan di mana-mana, tiada apa-apa maklumat mengenainy­a”.

Mengenai Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin, menteri besar Perak itu berharap badan-badan berkanun dan pihak swasta dapat membantu dari segi kewangan untuk projek di atas tanah seluas 2.83 hektar itu yang dijangka siap dalam masa tiga tahun jika dana mencukupi.

Katanya, fasa pertama projek yang melibatkan pembinaan 80 unit rumah warga emas, sebuah dewan, enam unit rumah kedai dan empat unit rumah guru menelan kos lebih RM9 juta.

Fasa kedua projek melibatkan bangunan sekolah berasrama dua tingkat bagi pengajian tahfiz al-Quran dan Ulum Syariah yang mampu menampung 200 pelajar selain akan mempunyai pelbagai kemudahan termasuk serta perpustaka­an serta kantin dengan kos dianggarka­n RM10 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia