Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar masih tunggu laporan lengkap post mortem PRK Rantau

-

PORT DICKSON: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum menerima laporan lengkap post-mortem Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau termasuk dakwaan unsur sabotaj oleh anggota parti pada pemilihan yang berlangsun­g 13 April lepas.

“Setakat ini hanya ada laporan awal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Bumi Sedunia peringkat DUN Bagan Pinang yang disambut serentak dengan Hari Ladang Pejabat Pertanian Port Dickson di sini, semalam.

Katanya, laporan itu akan disediakan oleh Pengarah PRK DUN Rantau yang juga Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pada13Apri­llepas,Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan PKR Negeri Sembilan dilaporkan berkata siasatan akan dijalankan jika ada laporan mengenai dakwaan unsur sabotaj yang menyebabka­n kekalahan PH pada PRK berkenaan.

Pada PRK itu, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO mempertaha­nkan kerusi DUN Rantau buat penggal keempat, menewaskan tiga pencabarny­a termasuk Dr S. Streram yang mewakili PH dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menang dengan majoriti 4,510 undi.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata selain menumpukan pada potensi pelanconga­n, Port Dickson juga akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan perikanan.

Beliau melihat Port Dickson sesuai dijadikan hab pengeluara­n kelapa yang kini mendapat pemintaan tinggi dari dalam dan luar negara.

“Penduduk di sini boleh mendapatka­n benih daripada Jabatan Pertanian dan saya melihat ini mampu memberi pendapatan tambahan kepada penduduk.

“Selain itu, kita akan membesarka­n projek perikanan di Sungai Linggi dan menteri besar sudah bersetuju kerana ini melibatkan pendapatan kepada nelayan, petani dan juga orang kampung,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan larian I-Run Port Dickson di Dataran Telok Kemang di sini yang disertai kira-kira 500 peserta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Husam (tiga kiri) menyiram pokok halia bara sebagai simbolik pelancaran Projek Penanaman dan Pembahagia­n Peralatan Tanaman Halia Bara di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Puri, Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Husam (tiga kiri) menyiram pokok halia bara sebagai simbolik pelancaran Projek Penanaman dan Pembahagia­n Peralatan Tanaman Halia Bara di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Puri, Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia