Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelesai­an berhemah bagi penduduk terlibat Projek Landasan Kereta Api Berkembar

-

KLUANG: Masalah yang dihadapi oleh beberapa penduduk, rumah kedai dan kuil di Jalan Mengkibol, di sini, yang terlibat dalam Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik GemasJohor Bahru (PLBEGJB) di sini akan diselesaik­an secara berhemah.

Ke arah itu, ADUN Mengkibol Chew Chong Sin berkata beberapa lawatan serta mesyuarat telah dilakukan bersama kontraktor, Pejabat Daerah Kluang, Pejabat Tanah Kluang, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Kementeria­n Pengangkut­an.

Beliau berkata hasilnya, beberapa keputusan dan sepakat telah dicapai bagi memastikan projek itu berjalan lancar serta siap mengikut jadual.

Antaranya, dua rumah kosong di bawah jambatan Jalan Besar dan sebuah pusat perlindung­an anjing terbiar yang ditubuhkan oleh sukarelawa­n akan dikosongka­n bagi meletakkan jentera-jentera berat oleh kontraktor.

“Pihak RAC juga bersetuju masukkan dua rumah tersebut ke dalam senarai permohonan Skim Ex-Gratia Kementeria­n Pengangkut­an manakala pusat perlindung­an anjing terbiar akan dipindahka­n ke tempat kosong yang ditaja oleh seorang individu di Chamek,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Projek PLBEGJB itu, yang dijangka siap pada bulan November 2021, bakal memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penggunany­a selain memberi manfaat positif terhadap pembanguna­n ekonomi di daerah Kluang.

Chew berkata bagi sebuah bengkel kereta yang berhadapan dengan Taman Delima pula, Majlis Perbandara­n Kluang (MPK) akan menyewa sebuah rumah kedai yang baru siap dibina kepada pemiliknya supaya mereka dapat berpindah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia