Utusan Borneo (Sarawak)

Harapan Ramadan dua beradik pelarian Syria yang yatim

Mereka hanya mampu meraikan bulan mulia di samping mangharung­i hari-hari seterusnya bersama ibu di kem pelarian

-

IDLIB (Syria): Impian dua beradik lelaki untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba bersama kedua ibu bapa mereka kini hanya tinggal harapan apabila si ayah telah pun terkorban akibat ditembak rejim Basyar Al Assad hujung tahun lepas.

Kedua-dua beradik, Sahlan Abdoul Halim, 12, dan adiknya Shahir, 9, yang berasal daripada kota Hama, kini hanya mampu meraikan bulan mulia itu di samping mangharung­i hari-hari seterusnya bersama ibu mereka di Kem Eman Yatim.

“Kami masih ingat impian arwah ayah kami, Abdoul Halim Hamden untuk menyambut Ramadan sebelum menyambut Aidilfitri di kampung ibu kami di Aleppo. Namun ayah akhirnya syahid ditembak di dada ketika tentera rejim menyerang kampung kami pada tengah malam 6 Okt tahun lepas.

“Ketika serangan itu seramai 60 orang telah pun gugur syahid dan kami bertiga terpaksa melarikan diri di kampung berhampira­n sebelum kami akhirnya ditempatka­n di kem ini atas bantuan pihak Turkiye Diyanet Foundation (TDV) awal tahun ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kem itu di daerah Ad danah, pada Rabu.

Namun Sahlan menyatakan yang walaupun beliau kini menggalas tugas sebagai tunjang keluarga, beliau perlu kuat demi melindungi ibu dan adiknya serta memasang impian untuk memberikan mereka kehidupan lebih bermakna

Kami masih ingat impian arwah ayah kami, Abdoul Halim Hamden untuk menyambut Ramadan sebelum menyambut Aidilfitri di kampung ibu kami di Aleppo. Namun ayah akhirnya syahid ditembak di dada ketika tentera rejim menyerang kampung kami pada tengah malam 6 Okt tahun lepas.

Sahlan Abdoul Halim Pelarian

apabila beliau dewasa nanti.

Adiknya Shahir, pula ternyata amat merindui kelibat arwah ayahnya yang dahulu bekerja di sebuah kilang roti di Hama, dan kini beliau tidak ingin lagi menjamah roti kerana ia akan membuatkan kanak-kanak kecil itu terkenang memori indah bersama arwah ayahnya itu.

“Setiap malam sewaktu ayah balik bekerja dari kilang pasti dia akan membawa sebungkus plastik berisi roti Saj (sejenis roti makanan tradisiona­l rakyat Syria) dan kini saya tidak ingin lagi menjamah roti itu walaupun disua oleh ibu.

“Saya cuma berharap Ramadan kali ini dapat diraikan bersama abang, ibu dan juga kawan-kawan di kem ini dengan aman tanpa perlu risau akan bedilan bom ataupun diserang regim secara tibatiba,” katanya.

Kedua-dua kanak-kanak itu ditemui ketika 11 orang delegasi daripada Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tiba di kem pelarian itu bagi menyampaik­an bantuan berupa daging kambing yang telah dipek dalam plastik, tepung gandum, selimut tebal, serta barangan bantuan lain kepada lebih 100 keluarga yang berlindung di kem itu.

Rakyat Malaysia yang ingin menghulurk­an bantuan berupa wang ringgit bagi Misi Kemanusiaa­n Rescue Syria kali ke-12 boleh berbuat demikian di www.tabungsyri­a. com atau Maybank 56283463-6987 (Syria Emergency Appeal) agar pelarian Syria terutamany­a yang yatim piatu dapat terus disantuni serta meringanka­n penderitaa­n yang dihadapi mereka selama ini.

Untuk rekod, Kem Eman Yatim merupakan sebuah kem pelarian yang dibina oleh agensi wakaf kerajaan Turki TDV yang menempatka­n lebih 400 orang, yang separuh daripada jumlah itu ialah kanak-kanak yang telah kehilangan ayah mereka akibat perang yang tercetus di negara itu sejak lapan tahun lepas dan masih belum menunjukka­n tanda akan berhenti dalam masa terdekat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERONOK: Sahlan Abdoul Halim, 12 (kiri), bersama rakan anak-anak yatim pelarian Syria yang lain bermain di kem pelarian Eman Yatim, Ad Danah semalam.
— Gambar Bernama SERONOK: Sahlan Abdoul Halim, 12 (kiri), bersama rakan anak-anak yatim pelarian Syria yang lain bermain di kem pelarian Eman Yatim, Ad Danah semalam.
 ??  ??
 ?? — Gambar bernama ?? TABAH: Sahlan (kanan) dan adiknya Shahir bergambar di lorong rumahnya di kem pelarian Eman Yatim, Ad Danah semalam.
— Gambar bernama TABAH: Sahlan (kanan) dan adiknya Shahir bergambar di lorong rumahnya di kem pelarian Eman Yatim, Ad Danah semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? HARAPAN: Sahlan dan adiknya Shahril sering bermain permainan ‘konda-kondi’ bersama rakan anak-anak yatim pelarian Syria lain di kem pelarian Eman Yatim, Ad Danah semalam.
— Gambar Bernama HARAPAN: Sahlan dan adiknya Shahril sering bermain permainan ‘konda-kondi’ bersama rakan anak-anak yatim pelarian Syria lain di kem pelarian Eman Yatim, Ad Danah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia