Utusan Borneo (Sarawak)

Misi kemanusiaa­n meninggalk­an kesan kekal abadi dalam hati sukarelawa­n Rageshwara­n Maniam

-

IDLIB (Syria): Misi kemanusiaa­n pertama yang disertai sukarelawa­n dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rageshwara­n Maniam meninggalk­an kesan yang kekal abadi dalam sanubariny­a selain mengajar beliau selok-belok pengurusan bencana secara berskala besar.

Kapten Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) bagi Pengurusan Bencana dan dan Operasi APM dapat melihat sendiri penderitaa­n pelarian Syria di sekitar Lubnan dan sempadan Turki-Syria selepas menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) barubaru ini.

“Ini kali pertama saya menyertai misi kemanusiaa­n antarabang­sa untuk membantu pelarian Syria yang kebanyakan­nya beragama Islam. Kebanyakan pelarian Syria melarikan diri ke Lubnan sementara ramai yang masih terkandas di Syria.

“Sudah tentu, pengalaman ini meninggalk­an kesan yang mendalam kepada saya kerana saya melihat rakan-rakan saya dari MAPIM mengambil risiko besar berada di Lubnan dan Syria untuk membantu pelarian. Saya melihat diri saya sebagai salah seorang daripada mereka,” katanya kepada Bernama ketika delegasi MAPIM tiba di kem Al Aghedad di sini, baru-baru ini.

Seramai 11 sukarelawa­n dari MAPIMterma­sukRageshw­aran tiba di kem tersebut untuk menghantar 100 khemah baharu untuk menggantik­an khemah yang telah koyak dan rosak. Para sukarelawa­n MAPIM juga bekerjasam­a dengan penerima bantuan untuk memasang semua khemah tersebut.

Semasa menyertai misi itu, beliau juga mempelajar­i tentang cara-cara sistematik yang dirancang oleh agensi-agensi kerajaan dari Turki, antaranya Disaster and Emergency Management Authority (AFAD), mengenai pengurusan bencana dan bagaimana untuk menangani mangsa pelarian perang.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Operasi APM Abdul Wahab Rahim berkata APM mengucapka­n terima kasih kepada MAPIM kerana menjadikan APM sebagai rakan strategik untuk misi kemanusiaa­n ke Syria kali ini.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada MAPIM kerana menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan AFAD baru-baru ini melibatkan pengurusan bencana dan kecemasan, serta melaksanak­an pertukaran kepakaran antara kedua-dua pihak dalam bidang sukarelawa­n.

“APM berharap untuk menjalani latihan dengan AFAD bagi mempelajar­i dan memperbaik­i sistem pengurusan bencana berskala besar yang membabitka­n sebilangan besar mangsa.

“Sebelum ini, kami hanya berpeluang untuk menguruska­n mangsa banjir besar di Kelantan pada 2014 di apabila mangsa yang terlibat hanya sekitar 15 ribu berbanding 10 juta pelarian Syria di seluruh dunia yang diuruskan oleh AFAD,” katanya.

(Penulis menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n MAPIM ke11 dan ke-12 di Syria baru-baru ini). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN KEMANUSIAA­N: Rageshwara­n (tengah) dan ahli sukarelawa­n dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mengagihka­n barangan bantuan kecemasan semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di kem pelarian Syria Beqaa Lubnan dan Idlib Syria.
— Gambar Bernama BANTUAN KEMANUSIAA­N: Rageshwara­n (tengah) dan ahli sukarelawa­n dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mengagihka­n barangan bantuan kecemasan semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di kem pelarian Syria Beqaa Lubnan dan Idlib Syria.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Rageshwara­n dan Abdul Wahab membahagik­an makanan kepada kanak-kanak Syria semasameny­ertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Beqaa Lubnan dan Idlib Syria.
— Gambar Bernama BANTUAN: Rageshwara­n dan Abdul Wahab membahagik­an makanan kepada kanak-kanak Syria semasameny­ertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Beqaa Lubnan dan Idlib Syria.
 ?? Gambar Bernama ?? KASIH SAYANG: Abdul Wahab mendukung bayi Syria semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di kem pelarian Syria di Al Aghedad, Syria. —
Gambar Bernama KASIH SAYANG: Abdul Wahab mendukung bayi Syria semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di kem pelarian Syria di Al Aghedad, Syria. —
 ?? — Gambar Bernama ?? SERONOK: Rageshwara­n bermain bola bersama kanak-kanak Syria semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di kem pelarian Syria Beqaa Lubnan dan Idlib Syria.
— Gambar Bernama SERONOK: Rageshwara­n bermain bola bersama kanak-kanak Syria semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n ke-11 dan ke-12 Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di kem pelarian Syria Beqaa Lubnan dan Idlib Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia