Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern mendahului Dortmund di puncak liga

-

BERLIN, Jerman: Gol lewat Niklas Suele membolehka­n Bayern Munich akhirnya menembusi pertahanan kental Werder Bremen dan menang 1-0, sekali gus kekal di hadapan Borussia Dortmund dalam saingan kejuaraan Bundesliga Jerman Sabtu lepas.

Bayern kelihatan bergelut menentang Bremen sebelum akhirnya memperoleh­i kemenangan untuk berada di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mata berbanding Dortmund.

Kemenangan meletakkan tekanan ke atas Dortmund, yang memerlukan kemenangan pada perlawanan lewat menentang Freiburg jika mahu kekal kurang satu mata di belakang.

Bremen mengawal asakan Bayern untuk hampir sepanjang permainan tetapi terjejas sebelum minit ke-60 apabila Milos Veljkovic dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan.

Bayern mempunyai peluang tetapi gagal menyempurn­akannya walaupun bermain dengan lebih seorang pemain sehingga Suele akhirnya memecah kebuntuan ketika berbaki 15 minit permainan.

“Saya mempunyai beberapa cubaan ketika menentang Dortmund tetapi kesemuanya tersasar, jadi ia sememangny­a menarik untuk menjaringk­an gol kemenangan hari ini,” kata Suele.

Pada perlawanan lain, RB Leipzig, di tangga ketiga liga, hampir pasti layak beraksi dalam Liga Juara-Juara musim hadapan selepas menewaskan Borussia Moenchengl­adbach 2-1 untuk berada 10 mata di hadapan lima pesaingnya.

“Kami tidak akan melepaskan kedudukan kami di empat tangga teratas sekarang,” kata jurulatih Leipzig, Ralf Rangnick.

Selepas menjaringk­an satu penalti dalam separuh masa pertama, Marcel Halstenber­g menambah jaringan tidak lama selepas rehat untuk meletakkan Leipzig selesa di hadapan sebelum Alassane Plea merapatkan kedudukan buat Gladbach.

Di kelompok bawahan liga, Stuttgart kelihatan akan tersingkir dari Bundesliga selepas dimalukan 0-6 oleh Augsburg, yang kini 10 mata di atas zon penyingkir­an.

Mainz juga mengesahka­n akan kekal dalam Bundesliga Jerman musim hadapan apabila menewaskan Fortuna Duesseldor­f 3-1 sementara Bayer Leverkusen dan Hoffenheim menghidupk­an peluang bersaing kelayakan ke Liga Europa selepas masing-masing menewaskan Nuremberg 2-0 dan Schalke 5-2. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CARI GOL: Penyerang Bayern, Lewandowsk­i (kiri) cuba menjaringk­an gol semasa pertemuan dengan Werder Bremen di Allianz Arena di Munich.
— Gambar Reuters CARI GOL: Penyerang Bayern, Lewandowsk­i (kiri) cuba menjaringk­an gol semasa pertemuan dengan Werder Bremen di Allianz Arena di Munich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia