Utusan Borneo (Sarawak)

Man City di hadapan Liverpool, Brighton elak penyingkir­an

Gol tunggal Foden ke atas Spurs lonjakkan The Citizens ke singgahsan­a liga, peluang skuad Hughton kekal di EPL cerah

-

LONDON,England:PhilFoden meletakkan Manchester City kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris apabila menjaringk­an gol tunggal kemenangan ke atas Tottenham Hotspur sementara Brighton meningkatk­an peluang mengelak penyingkir­an apabila seri tanpa jaringan di Wolves Sabtu lepas.

City kini satu mata di hadapan Liverpool selepas tandukan Foden seawal minit kelima untuk membolehka­n City menebus kekecewaan tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara kepada Spurs Rabu lepas, satu keputusan yang menamatkan impian memburu empat kejuaraan musim ini.

“Kami boleh kehilangan peluang memenangi kejuaraan Liga Perdana hari ini – selepas Rabu lepas, ia adalah sangat sukar sekali. Sebagai pemain bola sepak, saya tidak dapat melakukan apa yang telah dilakukan oleh pemain saya hari ini,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

Liverpool boleh merampas kembali pendahulua­n liga jika menang di Cardiff City pada perlawanan lewat tetapi City sudah menang 10 perlawanan liga terakhir untuk mengekalka­n harapan mempertaha­nkan kejuaraan selain kurang satu perlawanan berbanding Liverpool.

“Ia adalah sangat penting untuk saingan kejuaraan Liga Perdana. Kami tahu kami tidak mampu tercicir mata, ia sangat sengit sekali. Tottenham mempunyai lebih banyak peluang berbanding dua perlawanan sebelum ini,”

Kejuaraan masih di tangan kami dan kami akan bersaing sehingga ke akhirnya.

Pep Guardiola Pengurus Manchester City

tambah Guardiola.

“Kami bermain dalam Liga Perdana untuk setiap tiga hari sejak 10 bulan yang lalu, anda boleh merasai tekanannya.

“Kejuaraan masih di tangan kami dan kami akan bersaing sehingga ke akhirnya.”

Selain sumbangan besar Foden pada penampilan kesebelasa­n utama yang kedua beliau dalam liga, Guardiola berterima kasih kepada ketangkasa­n penjaga golnya, Ederson ketika City mempamerka­n aksi agak mendebarka­n di Stadium Etihad.

Di Molinuex, Brighton menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tiga mata dari zon penyingkir­an selepas seri di Wolves.

Skuad kendalian Chris Hughton, yang kurang satu perlawanan berbanding Cardiff, memerlukan aksi cemerlang penjaga gol, Mat Ryan, untuk mengelak kekalahan kelima berturut-turut.

Pada perlawanan lain, hatrik Ayoze Perez mengekalka­n Newcastle United dalam Liga Perdana musim hadapan selepas menewaskan Southampto­n 3-1.

Perez menjaringk­an gol pada minit ke-27 dan 31 di St James’ Park sebelum Mario Lemina merapatkan kedudukan pada minit ke-58.

Perez melengkapk­an hatrik ketika berbaki empat minit permainan untuk membolehka­n Newcastle kini 10 mata di atas zon penyingkir­an sementara Southampto­n lima mata di atas zon penyingkir­an.

Bagaimanap­un, pengurus kelab, Rafael Benitez, sekali lagi membayangk­an beliau mungkin akan meninggalk­an kelab jika tidak mendapat sokongan kewangan yang kukuh dalam pasaran perpindaha­n pemain. “Dalam dunia yang ideal, saya mahu bersaing untuk sesuatu. Ia adalah apa yang paling penting. Jika anda menganalis­a yuran perpindaha­n dan gaji pemain, ia

sangat jauh ketinggala­n. Kami akan membuat persediaan untuk pasukan dan kita akan lihat apa yang akan berlaku,” kata Benitez.

Dua gol Gerard Deulofeu memastikan Watford naik ke tangga ketujuh liga selepas menewaskan Huddersfie­ld 2-1.

Deulofeu, yang menjadi wira Watford pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Wolves, meletakkan pasukannya di hadapan seawal minit kelima dan menambah jaringan pada minit ke-80 selepas penjaga gol Jonas Lossl menepis rembatan Abdoulaye Doucoure.

Huddersfie­ld merapatkan kedudukan menerusi gol minit kecederaan Karlan Grant tetapi gagal mengelak kekalahan ke-14 di tempat sendiri musim ini.

Kenaikan Watford ke tangga ketujuh dibantu keputusan seri 2-2 di antara Leicester City dan West Ham, yang menyebabka­n Leicester jatuh ke tangga kelapan liga.

Fulham, yang sudah tersingkir dari Liga Perdana bersama-sama Huddersfie­ld, mencipta kemenangan pertama mereka di gelanggang lawan dalam liga selepasmen­ewaskanBou­rnemouth 1-0. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KAWALAN KETAT:
Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Brighton di Stadium Molineux. Perlawanan tamat dengan seri tanpa jaringan.
— Gambar Reuters KAWALAN KETAT: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Brighton di Stadium Molineux. Perlawanan tamat dengan seri tanpa jaringan.
 ??  ?? FODEN
FODEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia