Utusan Borneo (Sarawak)

Barca hampiri kejuaraan La Liga kali ke8 selepas mengatasi Real Sociedad 2-1

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona menghampir­i kejuaran La Liga Sepanyol yang kelapan mereka dalam 11 tahun selepas Clement Lenglet dan Jordi Alba menjaringk­an gol ketika menewaskan Real Sociedad 2-1 Sabtu lepas.

Kemenangan bermakna Barca hanya perlu menewaskan Alaves Selasa ini dan kemudian Levante pada hari Sabtu untuk mengesahka­n kejuaraan liga di Nou Camp, sementara tiga mata menentang Alaves sudah mengesahka­n kejuaraan sekiranya Atletico Madrid tewas kepada Valencia pada perlawanan hari Rabu.

Sama ada dalam tiga atau tujuh hari, ia sekarang hanya menunggu masa berbanding jika skuad kendalian Ernesto Valverde itu berjaya mempertaha­nkan kejuaraan mereka walaupun Atletico mengekalka­n jurang kurang sembilan mata selepas menewaskan Eibar pada perlawanan awal.

“Kami harus melupakan bahawa kami berkelebih­an sembilan mata,” kata Valverde. “Kami sekarang mempunyai tiga hari untuk perlawanan seterusnya dan ia pastinya sukar.”

Melengkapk­an kejuaraan lebih awal akan membolehka­n Barcelona memberikan sepenuh fokus untuk Liga JuaraJuara, yang akan memberikan mereka kelebihan menjelang perlawanan separuh akhir menentang Liverpool, yang ketika ini masih bersaing kejuaraan Liga Perdana dengan Manchester City.

Tetapi ia bukan laluan mudah, dengan Real Sociedad mengikat kedudukan dalam separuh masa kedua menerusi gol Juami walaupun ia hanya bertahan kurang dari dua minit apabila Lionel Messi mengumpan bola kepada Alba untuk gol kemenangan selepas Lenglet membuka jaringan dari hantaran Ousmane Dembele.

Barcelona bermula hambar musim ini tetapi sekarang menghampir­i kejuaraan.

Ia adalah perlawanan liga ke-21 tanpa kalah sementara musuh tradisi, Real Madrid, kurang 16 mata di belakang menjelang perlawanan lewat menentang Athletic Bilbao.

Pada perlawanan awal, Atletico Marid memerlukan gol pemain gantian, Thomas Lemar pada minit ke-85 untuk menewaskan Eibar 1-0 dan menjarakka­n kedudukan di hadapan Real Madrid dengan tujuh mata. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAYA PROFESIONA­L: Suarez (kanan) menggayaka­n aksi sepakan silang pada perlawanan La Liga di antara Barcelona dan Real Sociedad di Camp Nou, Barcelona.
— Gambar Reuters GAYA PROFESIONA­L: Suarez (kanan) menggayaka­n aksi sepakan silang pada perlawanan La Liga di antara Barcelona dan Real Sociedad di Camp Nou, Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia