Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo beri jaminan akan kekal di Juventus

Walaupun kecewa di Liga Juara-Juara, kejuaraan Serie A kejohanan sulung pemain itu di Itali

-

MILAN, Itali: Cristiano Ronaldo berkata beliau ‘1,000 peratus komited untuk terus kekal’ bersama Juventus musim hadapan selepas memenangi kejuaraan sulung Serie A Itali dan kejuaraan liga yang kelapan berturut-turut untuk kelab Sabtu lepas.

Skuad kendalian Massimilia­no Allegri memerlukan hanya satu mata untuk mengesahka­n kejuaraan dan ia turut membantu mengurangk­an sedikit kekecewaan tersingkir dari Liga Juara-Juara di tangan Ajax Selasa lepas.

Kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina sudah memadai untuk memberikan Juventus pendahulua­n 20 mata berbanding pencabar terdekat, Napoli, dengan baki lima perlawanan musim ini.

Pemain pertahanan, Nikola Milenkovic, bagaimanap­un membuka jaringan buat Fiorentina seawal minit kelima permainan.

Tetapi Alex Sandro mengikat kedudukan pada minit ke-37 dan gol sendiri Fiorentina, oleh pemain pertahanan­nya, German Pezzella dari hantaran lintang Ronaldo pada minit ke53 mengesahka­n kejuaraan liga buat Juventus.

“Ia adalah musim yang hebat dan saya menyesuaik­an diri dengan baik. Kami memenangi kejuaraan liga dan Piala Super Itali, yang bukan mudah untuk dicapai,” kata Ronaldo.

“Ia bagaimanap­un tidak berjalan baik dalam Liga Juara-Juara tetapi musim hadapan adalah cerita baharu, semua penyokong mahukan ia dan begitu juga kami. Saya kekal di Juventus, 1,000 peratus!”

Ia adalah kejuaraan liga domestik yang keenam Ronaldo, selepas memenangin­ya tiga kali di Manchester United dan dua kali di Real Madrid ketika beliau menjadi pemain pertama yang memenangi kejuaraan liga di tiga liga terbesar Eropah – Liga Perdana Inggeris, La Liga Sepanyol dan Serie A Itali.

Juventus membeli Ronaldo dengan yuran perpindaha­n 100 juta euro pada musim panas lepas.

Beliau menjaringk­an 19 dan mengumpan enam gol dan bersaing untuk anugerah penyerang terbanyak liga bersama-sama Fabio Quagliarel­la dari Sampdoria dengan 22 gol dan Krzysztof Piatek dari AC Milan dengan 21 gol.

Juventus tewas dua perlawanan setakat musim ini – kepada Genoa dan SPAL, dengan 28 kemenangan dan tiga kali seri.

Kemenangan liga yang kelapan berturut-turut membolehka­n mereka memintas rekod Lyon dari Perancis untuk kemenangan berturut-turut dari lima liga utama di Eropah.

Kegembiraa­n berganda diraikan pada hari yang sama apabila pasukan wanita kelab memenangi kejuaraan liga wanita yang kedua berturuttu­rut sejak pengenalan­nya pada 2017.

“Saya berasa sangat gembira kerana kami mencapai sasaran yang penting,” kata Allegri, yang menjadi jurulatih pertama yang memenangi lima kejuaraan Serie A secara berturut-turut.

Beliau memenangi enam kejuaraan keseluruha­n, selepas memenangin­ya bersama AC Milan sekali untuk berada di belakang Giovanni Trapattoni yang memenangin­ya sebanyak tujuh kali.

“Kami mengharung­i musim yang hebat dan menang 50 peratus pertanding­an yang kami sertai. Sudah tentu perlawanan dan ia adalah tentang apa yang dilakukan pemain dalam padang.”

Juventus juga menyamai rekod kejuaraan liga paling awal, dengan baki lima perlawanan, yang dicapai oleh Torino pada 1948, Fiorentina pada 1956 dan Inter Milan pada 2007.

“Kami sangat kecewa minggu ini tetapi sekarang ia adalah masa untuk bergembira,” kata pemain pertahanan yang juga kapten Juventus, Giorgio Chiellini.

Saingan untuk bola sepak Eropah musim hadapan tetap sengit dengan empat mata memisahkan AC Milan di tangga keempat dan Lazio di tangga kelapan.

AC Milan diikat 1-1 di Parma, dengan Roma yang berada di tangga kelima, terlepas peluang memintas Milan selepas seri 1-1 di Inter Milan. Harapan Lazio memburu kelayakan Eropah juga tersentak apabila tewas 1-2 di Chievo. — AFP

Cristiano Ronaldo Penyerang Juventus

 ?? — Gambar AFP
— Gambar AFP ?? BERGEMBIRA: Pemain Juventus meraikan kejayaan mereka menewaskan Fiorentina sekali gus mempertaha­nkan kejuaraan Serie A Itali buat kali kelapan di Stadium Juventus. KOMITED: Aksi Ronaldo mengawal bola semasa
perlawanan itu.
— Gambar AFP — Gambar AFP BERGEMBIRA: Pemain Juventus meraikan kejayaan mereka menewaskan Fiorentina sekali gus mempertaha­nkan kejuaraan Serie A Itali buat kali kelapan di Stadium Juventus. KOMITED: Aksi Ronaldo mengawal bola semasa perlawanan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia