Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan motosikal berkuasa tinggi

- Oleh Sepawie K. Alwi

TERJAHAN angin kencang menghempap anggota badan tidak mendatangk­an kegusaran - malah ia mendatangk­an kenikmatan.

Kenikmatan hasil daripada rasa bebas.

Bebas daripada kongkongan ‘bilik’ kecil yang mengehadka­n pergerakan.

Bebas untuk memperagak­an seni mengawal pergerakan.

Kelajuan tinggi serta deruman enjin yang kuat meningkatk­an lagi tahap kenikmatan.

Inilah gambaran yang diberikan oleh Pengerusi Persatuan Pelbagai Jentera Dan Penunggang Kuching (VMBC) Mohd Faisal Nebi mengenai emosi yang dialami ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi.

“Kita sering kali melakukan aktiviti menunggang motosikal ke destinasi di luar Kuching.

“Adakalanya kami akan melakukan aktiviti secara spontan,” kata Faisal, sambil menambah rasa kekitaan dalam kalangan ahli-ahli tinggi sehingga perbezaan taraf ekonomi tidak memberi kesan negatif ke atas hubungan mereka.

Malah, kata Faisal, ahliahli akan membuat kutipan dalam kalangan mereka untuk membantu manamana rakan yang mengalami masalah kewangan untuk membaiki motosikal mereka.

Menurutnya, setakat ini, ahli-ahli VMBC telah menunggang motosikal secara beramai-ramai sehingga ke Entikong di Indonesia dan Mukah.

Faisal berkata walaupun pada pandangan kasar, kumpulan motosikal berkuasa tinggi hanya tertumpu kepada keseronoka­n ketika berada di atas jalan raya, hakikatnya semua kumpulan motosikal memberi penekanan yang serius ke atas aspek keselamata­n.

“Daripada aspek keselamata­n, aktiviti sukan bermotor ini agak berbahaya kerana ia boleh mengakibat­kan kehilangan nyawa di jalan raya.

“Atas sebab itu, persatuan kami sering memberi peringatan dari semasa ke semasa tentang aspek keselamata­n ketika di jalan raya.

“Kami tidak mahu hobi ini mendatangk­an kecelakaan pada mana-mana ahli persatuan kami ataupun peminat sukan bermotor yang lain,” katanya.

VMBC ditubuhkan pada tahun lepas dengan matlamat untuk membolehka­n ahli-ahli menyertai aktiviti permotoran di Sarawak dan luar negeri.

Selain daripada itu, ia juga mempunyai matlamat untuk mewujudkan kerjasama dalam kalangan ahli untuk memberi bantuan daripada segi kewangan kepada ahli-ahli yang mengalami masalah motosikal yang rosak.

Matlamat aktiviti kebajikan tidak terhad kepada ahli-ahli sahaja tetapi juga untuk masyarakat awam. Sejak pendaftara­n VMBC diluluskan pada 13 Jun 2018, ia telah melakukan banyak aktiviti.

Antara aktiviti yang dilaksana ialah menyertai Minggu Motosikal Antarabang­sa Serian 2019, Lawatan Kerja Amal Belia Unit SABERKAS Haji Baki Ke Lundu dan Perhimpuna­n Motosikal Kuching 2018.

“Kami sering memenuhi jemputan daripada kelabkelab motosikal untuk memeriahka­n aktiviti anjuran mereka.

“Kami amat berharap aktiviti sukan bermotor akan menjadi salah satu teras sukan dalam budaya.

“Untuk menjayakan impian ini, ia memerlukan kerjasama yang erat oleh semua pihak yang berkepenti­gan.

“Atas dasar ini, kami tidak ragu-ragu untuk menerima jemputan manamana kelab ataupun pihak untuk menghadiri programpro­gram yang berkaitan dengan sukan bermotor,” kata Faisal, sambil menambah persatuan juga menyertai aktiviti yang dianjurkan di Sibu.

Faisal juga memberitah­u persatuan amat menitikber­atkan hubungan kekeluarga­an di kalangan ahliahliny­a.

Menurutnya, ahli-ahli yang sudah berkeluarg­a digalakkan untuk membawa ahli keluarga untuk turut serta dalam setiap aktiviti persatuan.

“Kami mahu persatuan menjadi satu platform kepada mereka untuk mewujudkan hubungan kekeluarga­an yang sihat,” katanya.

Dia mendedahka­n ada dalam kalangan ahli-ahli yang mana isteri mereka memberikan galakan yang tinggi - baik dari segi sokongan moral ataupun bantuan kewangan - kepada suami mereka untuk membabitka­n diri secara aktif dalam persatuan dan sukan bermotor.

Faisal turut memberitah­u persatuan juga membabitka­n diri dengan aktiviti-aktiviti kebajikan di bahagian Kuching dan Samarahan.

“Ahli-ahli persatuan ada membuat tabungan kebajikan untuk dihulurkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kewangan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FAISAL
FAISAL
 ??  ?? PELEKAT KHAS VMBC
PELEKAT KHAS VMBC
 ??  ?? LOGO VMBC
LOGO VMBC
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Bergambar ketika Program Lawatan Kerja Amal Belia Unit SABERKAS Haji Baki Ke Lundu di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem.
UNTUK KENANGAN: Bergambar ketika Program Lawatan Kerja Amal Belia Unit SABERKAS Haji Baki Ke Lundu di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem.
 ??  ?? BERGAYA: Peminat motosikal menghayati keunikan motosikal yang turut serta dalam Perhimpuna­n Motosikal Kuching 2018.
BERGAYA: Peminat motosikal menghayati keunikan motosikal yang turut serta dalam Perhimpuna­n Motosikal Kuching 2018.
 ??  ?? ALBUM: Bergambar dengan Ahli DUN Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem, Lundu.
ALBUM: Bergambar dengan Ahli DUN Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem, Lundu.
 ??  ??
 ??  ?? HIMPUNAN JENTERA: Motosikal-motosikal yang menyertai Perhimpuna­n Motosikal Kuching 2018
HIMPUNAN JENTERA: Motosikal-motosikal yang menyertai Perhimpuna­n Motosikal Kuching 2018
 ??  ?? MINAT: Salah seorang Ahli VMBC bersama motosikaln­ya.
MINAT: Salah seorang Ahli VMBC bersama motosikaln­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia