Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas ‘Rhapsody’, Fletcher raikan Elton John dalam ‘Rocketman’

- Oleh Javier Tovar

MEMORI Elton John mengenai kariernya hampir selama lima dekad mungkin tidak jelas sama sekali, tetapi ia tetap miliknya.

Dan sekarang, selepas diolah oleh pengarah, Dexter Fletcher, dunia akan melihatnya.

Selepas dipanggil pada minit akhir untuk menyelamat­kan ‘Bohemian Rhapsody’, yang memenangi empat anugerah Oscar dan dua anugerah Golden Globe, pengarah British itu seterusnya membuat satu lagi cerita legenda muzikal: mengenai John dalam ‘Rocketman’.

Fletcher tiba di set penggambar­an untuk biopik Queen dan Freddie Mercury pada hujung 2017, selepas pengarah asal Bryan Singer

– yang dituduh melakukan kesalahan seksual

– dipecat lima minggu sebelum dia menamatkan penggambar­an.

“Ia sebenarnya kebetulan,” kata Fletcher, 53, kepada AFP.

“Saya mengarah ‘Bohemian Rhapsody’ beberapa tahun sebelum itu: versi itu tidak berlaku,” tambahnya.

Fletcher pada asalnya dilantik sebagai pengarah pada 2013 – tetapi dilepaskan kerana perbezaan kreatif setahun kemudian.

“Jika keadaan berjalan seperti sepatutnya, kita tidak akan bercakap mengenainy­a. Saya melakukan apa yang saya terpaksa buat tetapi fokus saya sentiasa kepada ‘Rocketman’,” kata

Fletcher.

- ‘Terbaik’ pada zaman 70an dan 80an Queen

dan John merupakan subjek-subjek yang dekat kepada Fletcher, yang sebagai pelakon dikenali kerana kerjanya bersama Guy Ritchie dalam filem misteri pada 1998, ‘Lock, Stock and Two Smoking Barrels’.

“Muzik ini adalah yang terbaik pada zaman 70an dan 80an,” katanya, dan menambah cita rasanya sendiri cenderung ke arah John.

“Apabila kita menarik orang ke dalam panggung dan kita ada lagu hebat itu yang semua orang tahu dan amat menyukainy­a, terdapat satu pengalaman penyatuan yang hebat.”

Dalam ‘Rocketman’, lagu-lagu hebat berkenaan ditafsir semula oleh Taron Egerton (‘Kingsman’), yang mula-mula muncul di atas skrin sebagai pemuda bernama Reginald Kenneth Dwight, iaitu nama sebenar John.

Dia disertai Jamie Bell (‘Billy Elliot’) sebagai kolaborato­r lama Bernie Taupin, Richard Madden (‘Game of Thrones’) sebagai pengurus dan kekasih yang kontrovers­i, John Reid, dan Bryce Dallas Howard (‘Jurassic World’) sebagai ibu John, Sheila Dwight.

Pada minggu lepas, Fletcher mempersemb­ahkan filem itu – yang akan ditayangka­n di pawagam Amerika Syarikat pada 31 Mei – di CinemaCon di Las Vegas.

Ia membawa penonton daripada kali pertama si budak Reggie bermainmai­n di atas piano, kepada keengganan­nya pada waktu remaja untuk memainkan muzik ‘orang mati’, penampilan sulungnya pada 1970 di kelab Troubadour di Los Angeles pada 1970 – dan konsertnya di Stadium Dodger yang penuh sesak lima tahun kemudian.

Treler filem itu sahaja memaparkan lagu-lagu klasik seperti ‘Your Song’, ‘Bennie and the Jets’ dan ‘Tiny Dancer’ – tetapi filem itu sendiri memaparkan banyak lagi lagu hit penyanyi itu.

- ‘Ia meraikan Elton’ Fletcher

menegaskan filem itu bukan sebuah “autobiogra­fi rasmi”, sebaliknya ekspresi bagi memori John sendiri.

Pemenang Grammy sebanyak lima kali itu

– yang telah menjual 300 juta keping rekod – disenaraik­an sebagai salah seorang penerbit eksekutif filem itu. Pembuat filem, David Furnish, juga seorang penerbit.

“Kita berada dalam memori Elton mengenai kehidupann­ya. Dan memori boleh tersilap. Keadaan boleh menjadi serabut dan keliru,” kata Fletcher.

“Kita tidak dikekang, kita tidak dibatasi fakta. Kita memiliki kebebasan imaginasi, yang jauh lebih penting bagi sebuah filem.”

“Ia merupakan sesuatu yang membebaska­n mengenai Elton sebagai pencerita kita.”

John, kata Fletcher, “bercakap mengenai fikirannya, ideanya, tetapi dia juga sangat murah hati. Dia tahu bahawa kita perlu menjadikan­nya milik sekarang”.

“Dia memberi kita restu dan kekuatanny­a serta keindahan untuk bersikap jujur. Ia adalah tulen. Ia meraikan Elton dan kehidupann­ya.” — AFP

 ??  ?? JAMIE BELL & TARON EGERTON
JAMIE BELL & TARON EGERTON
 ??  ?? FILEM BAHARU: Taron dan Jamie Bell sebagai Elton John dan Bernie Taupin dalam ‘Rocketman’.
FILEM BAHARU: Taron dan Jamie Bell sebagai Elton John dan Bernie Taupin dalam ‘Rocketman’.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELAKON UTAMA: Taron Egerton sebagai Elton John.
PELAKON UTAMA: Taron Egerton sebagai Elton John.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia