Utusan Borneo (Sarawak)

Ken Loach dan Terrence Malick di festival filem Cannes

-

DUA pengarah veteran Ken Loach dan Terrence Malick mengetuai barisan pengarah bagi festival filem Cannes “yang amat bersifat politik”, kata pengarahny­a Thierry Fremaux baru-baru ini.

Namun berita besar ialah tempat tidak ada – setakat ini – untuk filem arahan Quentin Tarantino yang amat dinanti-nantikan ‘Once Upon a Time in Hollywood’ lakonan Brad Pitt dan Leonardo DiCaprio.

Fremaux membayangk­an pembuat ‘Reservoir Dogs’ masih dapat dimasukkan, dan berkata, “Kita boleh berharap beberapa buah filem dapat menyertai kita yang semua kita nantikan sebelum 14 Mei” apabila festival itu bermula.

“Ia belum lagi bersedia,” katanya kepada pemberita. “Ia sedikit seperti satu pecutan. Kita harap kita ada berita baik untuk diumumkan (kemudian).”

Loach, 82, yang memenangi hadiah utama Palme d’Or pada 2016 dengan ‘I, Daniel Blake’ – yang dia kemudian kata adalah filem terakhirny­a – kembali dengan ‘Sorry We Missed You’, satu pendakwaan rasmi bagi ekonomi ‘gig’.

Malick yang suka menyendiri akan mengadakan tayangan perdana untuk cerita

Perang Dunia

Kedua ‘A Hidden Life’ tentang seorang pembantah moral dari Jerman yang dihukum pancung oleh kumpulan Nazi pada 1943.

Festival filem terbesar di dunia itu, yang melihat diri sebagai ‘Olimpik pawagam’, akan dibuka dengan filem pengarah diminati ramai dari Amerika Syarikat, Jim Jarmusch, ‘The Dead Don’t Die’.

Komedi zombi itu dibintangi Bill Murray, Adam Driver, Tilda Swinton serta dua penyanyi, Iggy Pop dan Tom Waits.

Guru dari Korea, Bong Joon-ho, yang masyhur kerana ‘Okja’ dan ‘Snowpierce­r’ kembali dengan filem tragi-komedi berjudul ‘Parasite’ tentang jurang yang semakin meluas antara golongan kaya dengan golongan miskin di tanah airnya.

Seorang lagi peserta tetap di Cannes, Pedro Almodovar, juga kembali dengan filemnya yang paling peribadi setakat ini, ‘Pain & Glory’, yang sudah dibuka dengan sanjungan tinggi di negara asalnya Sepanyol.

Pembuat filem dari Palestin, Elia Suleiman, melakar perjuangan­nya sendiri untuk mencari sebuah tanah air alternatif dalam ‘It Must Be Heaven’.

Fremaux berkata festival itu penuh dengan filemfilem ‘politik’ tentang “kehidupan harian, individu yang bertarung dengan kepelbagai­an. Kita memasuki rumah orang untuk menangani masalah biasa.

“Festival itu tidak bersifat politik, ia adalah artisartis yang bersifat politik,” tambahnya.

‘Rocketman’, biopik mengenai legenda pop, Elton John, bersama Jamie Bell dan Richard Madden, juga akan mengadakan tayangan perdana di Croisette, tetapi di luar pertanding­an.

Legenda filem Perancis, Alain Delon, yang pernah dipanggil lelaki paling indah di dunia, dan bintang filem klasik seperti ‘The Leopard’, ‘Monsieur Klein’ dan ‘The Swimming Pool’, akan disampaika­n dengan anugerah kehormat Palme d’Or.

Festival itu, dengan juri pada tahun ini yang diketuai pengarah dari Mexico, Alejandro Gonzalez Inarritu, yang masyhur kerana ‘Birdman’ dan ‘The Revenant’, berlangsun­g dari 14 hingga 25 Mei. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? THIERRY FREMAUX
KEN LOACH
THIERRY FREMAUX KEN LOACH
 ??  ?? QUENTIN TARANTINO
QUENTIN TARANTINO
 ??  ?? TERRENCE MALICK
TERRENCE MALICK
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia