Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera pengaman PBB terkorban

Empat cedera periuk api meletup ketika konvoi melalui tengah Mali

-

BAMAKO: Seorang tentera pengaman PBB terkorban dan empat orang lagi tercedera kelmarin ketika sebiji periuk api meletup semasa konvoi mereka melalui tengah Mali, menurut misi PBB di negara tersebut.

Letupan yang mengenai sebahagian dari kontigen Mesir bagi pasukan tentera PBB berhampira­n dengan sempadan Burkina Faso, menurut misi kestabilan PBB di Mali (MINUSMA). Anggota tentera pengaman yang terkorban adalah rakyat Mesir.

Seorang penyerang telah terbunuh, menurut kepada satu sumber keselamata­n.

Ketua MINUSMA Mahamat Saleh Annadif menyatakan ia sebagai satu “serangan bersifat pengecut.”

Pejabat ketua PBB Antonio Guterres telah mengemukak­an satu kenyataan menyatakan anggota tentera pengaman PBB “telah memberikan respons, membunuh seorang penyerang dan menahan lapan orang lagi”.

Beliau menggesa pihak berkuasa Mali agar “mengambil tindakan pantas bagi mengenal pasti pelaku bagi serangan ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.”

Misi PBB telah ditubuhkan di Mali selepas pihak militia radikal Islam merampas bahagian utara negara pada 2012. Mereka telah dihalau oleh pasukan tentera Perancis pada 2013.

Satu perjanjian kedamaian yang ditandatan­gani pada 2015 oleh kerajaan Bamako dan kumpulan bersenjata adalah bertujuan untuk mengembali­kan kestabilan. Namun perjanjian itu gagal untuk menghalang keganasan.

Serangan kelmarin muncul ketika Presiden Ibrahim Boubacar Keita meneruskan rundingan bagi memilih seorang perdana menteri yang baharu, dua hari selepas perdana menteri sebelumnya, Soumeylou Boubeye Maiga, meletakkan jawatan bersama dengan seluruh kabinetnya, dikecam oleh parti pemerintah dan pembangkan­g kerana gagal untuk membantera­s keganasan.

Sejak pengerahan mereka pada 2013, lebih dari 190 tentera pengaman telah meninggal dunia di Mali, termasuk hampir 120 orang dibunuh oleh tindakan serangan menjadikan MINUSMA sebagai operasi tentera pengaman paling berbahaya dalam PBB, meliputi lebih separuh dari anggota tentera terkorban di seluruh dunia sejak lima tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia